Selepas ‘Bercerai’ Dengan Barcelona, Messi Dijangka ‘Rujuk’ Semula Bersama Neymar

Kelab Perancis, Paris Saint-Germain (PSG) begitu laju melakukan kerja apabila melancarkan gerak mereka untuk mendapatkan mantan pemain Barcelona iaitu Lionel Messi.

Messi yang disahkan tidak akan menyambung kontraknya bersama-sama Barcelona, meninggalkan kelab tersebut selepas 21 tahun bersama.

Dengan berpisahnya Messi dengan Barcelona, ianya membuka ruang kepada kelab Eropah yang lain untuk mendapatkan pemain tersebut.

Memahami Peraturan Kawalan Ekonomi La Liga Yang Memisahkan Messi Dengan Barcelona

Selepas pengesahan perpisahan tersebut berlaku, Messi dikhabarkan telah pun memulakan langkah mencari kelab baharu memandangkan musim bola sepak Eropah bakal bermula tidak lama lagi.

PSG dikatakan sudah pun mendekati Messi dan memberikan tawaran kepada beliau.

Menurut wartawan sukan utama Perancis iaitu Mohamed Bouhafsi, PSG dan Messi sudah duduk semeja dengan usaha untuk menyelesaikan kontrak dari sudut kewangan menjadi isu utama.

“Untuk beberapa jam, Lionel Messi berada dalam perbincangan dengan Paris Saint-Germain.”

“Perbincangan kini sedang bermula dan PSG begitu fokus untuk mencari jalan penyelesaian.”

Selain daripada itu, dikatakan juga pemain PSG yang merupakan bekas rakan sepasukan Messi di Barcelona iaitu Neymar turut memainkan peranannya.

Beliau dilihat antara watak yang akan memastikan Messi menyertai PSG pada musim ini.

Semuanya sudah pun bermula dengan perkembangan mengenai situasi ini akan terhasil selepas beberapa hari dari sekarang.

Leave a Reply