Selaku salah satu pasukan pilihan, Kedah Darul Aman pastinya tidak rela untuk terus keciciran mata dan mahu bangkit menebus kekecewaan pada perlawanan lalu apabila tewas mengejut 1-4 di tangan Selangor.
Aksi ‘derbi utara’ yang membabitkan Kedah menentang Penang di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang pastinya ingin digunakan sebaik mungkin oleh skuad kendalian Aidil Sharin bagi mengutip kembali tiga mata seterusnya memperbaiki kedudukan carta saingan Liga Super musim 2022.
⚔️🟢🟡 MATCHDAY! NORTHERN DERBY!
⚔LS5 PENANG FC vs KDA FC
17.4.2022 Ahad 10.00 malam
Stadium Bandaraya, Pulau Pinang🔴 LIVE Youtube UNIFI, UNIFItv
Dapatkan tiket di https://t.co/wTcsHWnxK9. Penyokong hijaukuning dikhaskan di Zon D. pic.twitter.com/axrApbe45O
— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) April 17, 2022
Menerusi aksi perlawanan lalu, jelas Aidil sudah pun mengkaji segala kelemahan yang ada dalam pasukannya dan ingin mengatasinya pada aksi menentang Penang malam ini dan secara tak langsung kembali meningkatkan motivasi para pemain yang sedikit terjejas dengan kekalahan lalu.
“Setiap kelemahan yang dikesan pada babak perlawanan lalu kini sedang di atasi dan pada masa sama cuba meningkatkan keupayaan sebenar pasukan,” katanya menerusi Arena Metro.
Sesi latihan terakhir semalam sebelum bertolak ke Pulau Pinang. Malam ini aksi Northern Derby yang dinantikan!
⚔LS5 PENANG FC vs KDA FC
17.4.2022 Ahad 10.00 malam
Stadium Bandaraya, Pulau PinangDapatkan tiket di https://t.co/wTcsHWnxK9. Penyokong KDA FC dikhaskan di Zon D. pic.twitter.com/nkvDBQVH66
— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) April 17, 2022
Dalam masa sama, pengendali dari Singapura itu juga sedar lawan mereka iaitu Penang bukanlah sesuatu yang mudah untuk ditangani ditambah semangat para pemain untuk turut merebut tiga mata pertama setelah tampil tanpa sebarang kemenangan sejak empat perlawanan lalu.
“Kami perlu mengelak daripada melakukan kesilapan dan beri fokus terbaik sepanjang perlawanan itu nanti.
“Pihak lawan pastinya akan memberi tentangan sengit untuk mencipta kemenangan pertama pada kali ini. Pemain perlu bekerja keras bagi memastikan tidak lagi mencicirkan mata lagi,” katanya.
Untuk rekod semasa, setakat ini Kedah menduduki tangga ketiga carta Liga Super dengan mengutip sembilan mata hasil tiga kemenangan dan satu kekalahan.
Carta Liga Super setakat 4 perlawanan. Kekalahan pertama musim ini, tempoh masa seminggu bagi memperbaiki segala kelemahan sebelum bertandang ke Stadium Bandaraya Ahad depan.
LS5 PENANG FC vs KDA FC
17 April 2022, Ahad 10.00 malam
Stadium Bandaraya pic.twitter.com/o0g1kuuC28— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) April 10, 2022
Berbanding lawan, Penang pula kini berada di tangga kelapan liga dengan hanya mengumpul tiga mata setelah merekodkan tiga keputusan seri serta satu kekalahan dicatatkan oleh anak buah Thomas Trucha itu.
Ikuti kami di TikTok!
Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.
Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!