Kerjasama UNICEF-JDT Bukan Sekadar Retorik, TMJ Komited Bela Nasib Bella

JDT tampil menegaskan pendirian mereka untuk memberi sokongan penuh kepada remaja perempuan sindrom down yang dikenali sebagai Bella.

Bella dikatakan menjadi mangsa dera setiap hari selama empat bulan sejak Mac 2021 hingga 24 Jun 2021.

Melihat kepada tertuduh, Siti Bainun Ahd Razali yang juga pengasas kepada Rumah Bonda kini disokong oleh 10 peguam, TMJ tampil menyatakan sokongan penuh kepada Bella dan mengutuk sekeras-kerasnya kesalahan mendera kanak-kanak.

Kronologi perbicaraan kes Bella

Pada 20 Ogos 2021, pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahmad Razali telah didakwa atas pertuduhan mengabaikan seorang remaja perempuan sindrom down sehingga mengalami kecederaan parah.

Sebaik pertuduhan dibacakan, tertuduh dengan segera menegaskan yang beliau tidak bersalah dan tak melakukan perbuatan terkutuk itu.

Pada 30 Mac 2022, sahabat baik Siti Bainun telah memberitahu mahkamah sesyen bahawa Bella ada menceritakan kepadanya yang beliau di cili, dijirus air panas, diikat dan disiksa.

8 April 2022 seorang penghuni rumah bonda memberitahu mahkamah sesyen yang beliau pernah dipaksa menggigit perut bella.

11 April 2022 mahkamah Kuala Lumpur membenarkan permohonan pihak pembelaan untuk mengadakan lawatan di lokasi kejadian membabitkan remaja OKU yang dikatakan menjadi mangsa deraan Bainun.

13 April, Hakim dan semua pihak yang terlibat dalam perbicaraan kes pengasas Rumah Bonda melawat lokasi kejadian di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju yang merupakan tempat tinggal mereka.

Siti Bainun dapat sokongan 10 peguam, TMJ tampil mempertahankan remaja OKU

Dalam satu kenyataan yang dimuat naik oleh Johor Southern Tiger, pihak kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim menegaskan pendirian mereka untuk menentang keganasan terhadap kanak-kanak.

“HENTIKAN PENDERAAN KANAK-KANAK!”

“Tidak seharusnya ada kanak-kanak yang hidup dalam ketakutan terhadap keganasan atau penderaan.”

“Berhubung dengan kes #JusticeForBella, Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) ingin menyatakan pendirian tegas kami terhadap penderaan kanak-kanak.”

“JDT menggesa setiap anggota masyarakat untuk melindungi kanak-kanak dengan sentiasa berwaspada terhadap sebarang perbuatan yang mencurigakan melibatkan penderaan kanak-kanak dalam sebarang bentuk yang boleh terjadi. Jika anda mengesyaki sesuatu, sila laporkan dengan segera.”

TMJ sendiri turut mengeluarkan kenyataan di laman twitter miliknya dengan menegaskan yang beliau akan melakukan apa sahaja demi membantu membela nasib Bella.

“Saya telah berhubung dan berbincang dengan peguam-peguam saya mengenai kes penderaan Bella. Kes ini sedang berjalan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan pihak pendakwaan kerajaan sudah memulakan perbicaraan terhadap OKT (orang kena tuduh) dalam kes ini.”

Kerjasama UNICEF-JDT Bukan Sekadar Retorik

Gergasi bola sepak tanah air, Johor Darul Ta’zim (JDT) telah membuka lembaran baharu buat kancah bola sepak tempatan khususnya selepas mereka sebelum ini mengumumkan kerjasama dengan Tabung Kecemasan Kanak-Kanak Antarabangsa PBB (UNICEF).

Ia bukanlah calang-calang kerjasama dapat disaksikan kerana JDT menjadi pasukan keempat di dunia selain daripada FC Barcelona, Manchester United dan Olympiakos yang turut menjalinkan hubungan dengan organisasi tersebut.

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor dalam satu sidang media khas yang diadakan di Bilik Sidang Media, Ibu Pejabat JDT, Iskandar Puteri, pada Disember 2020 lalu ada menyatakan bahawa:

”UNICEF akan menjadi rakan rasmi kami bagi menghadapi musim 2021. Saya merasakan ini merupakan pengiktirafan yang sangat besar untuk bekerjasama dengan salah satu badan organisasi terbesar yang telah banyak melakukan khidmat kemanusiaan di seluruh dunia.”

”Saya sangat bangga untuk mengatakan bahawa kami JDT akan menjadi menjadi rakan rasmi untuk bersama-sama berganding tenaga dalam kerjasama yang luar biasa ini.”

”Ini merupakan sesuatu yang cukup bersejarah, yang pertama kali di Asia Tenggara. Diharapkan dengan kerjasama ini, banyak perkara yang dapat dicapai.”

”Ia juga satu berita baik dan saya gembira untuk melihat masa depan kelab ini dan juga kesedaran global bersama UNICEF.”

Mungkin ramai yang memandang enteng usaha JDT menjalin kerjasama dengan UNICEF dan beranggapan ia sekadar tujuan promosi.

JDT hari ini membuktikan yang usaha mereka jalin kerjasama dengan UNICEF bukan retorik selepas mereka menyatakan sokongan penuh pada Bella dan mengecam tindakan penderaan pada kanak-kanak.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN