Wow. Ini merupakan satu perkara yang tiada siapa dapat jangkakan.
Dikala Kedah dan juga Johor Darul Ta’zim sedang sibuk bertarung mengenai Akhyar Rashid, muncul sebuah pasukan yang secara terbuka turut mahukan pemain kebangsaan tersebut.
Mereka ialah pasukan Perlis.
Ya, apa yang anda baca ini bukanlah satu perkara yang membohongkan. Perlis secara terbuka telah menyatakan hasrat untuk membuka rundingan untuk mendapatkan Akhyar yang kini menjadi rebutan pasukan utama di Malaysia.
Menurut laman Twitter rasmi Perlis, Manzoor Azwira yang bertindak sebagai Ketua Jurulatih Perlis mengatakan pasukannya berminat untuk mendapatkan pemain tersebut.
Hal ini kerana, ianya didorong oleh minat Presiden Perlis FA sendiri yang sebenarnya turut berminat dengan pemain muda tersebut.
“Pihak presiden berminat untuk mendapatkan khidmat Akhyar Rashid sejak dari awal lagi.”
Menurut Manzoor lagi, mereka mengakui telah membuka pintu rundingan untuk Akhyar menyertai mereka dalam usaha Perlis membentuk pasukan bagi musim baharu kelak.
“Sebagai pasukan baharu yang dibentuk, kami amat berminat untuk membuka pintu rundingan kepada beliau dan mahu jadikan Akhyar sebagai aset berharga kepada pasukan.”
https://twitter.com/perlisfootball/status/1075647021841674240?s=19
Perkara ini muncul secara tiba-tiba selepas terdapat beberapa laman bola sepak yang mengaitkan Akhyar dengan Perlis.
Manzoor dalam masa yang sama, berasa bangga kerana pasukan seperti Perlis dikaitkan dengan pemain seperti Akhyar.
“Kami berasa bangga kerana pemain seperti Akhyar dikaitkan dengan perpindahan ke pasukan Perlis.”
Adakah Akhyar akan menyertai Perlis? Kita tunggu dan lihat.