Perlis Perkenalkan Pas Bermusim Dan Jersi Baharu

Meskipun dilanda pelbagai kontroversi mengenai isu tunggakan gaji, Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) terus melangkah ke hadapan apabila memperkenalkan pas bermusim bagi menarik kehadiran penyokong setia mereka di  Stadium Tuanku Syed Putra untuk saingan Liga Malaysia musim ini.

Pas bermusim tersebut mempunyai dua pilihan dan penyokong boleh memilih sama ada ‘Platinum Card’ atau ‘Gold Card’ dengan harga bermula daripada RM220 hingga RM460.

Kedua-dua kad tersebut menawarkan tempat duduk astaka (grandstand) dengan pemegang kad juga menikmati manfaat seperti tempat duduk khas bernombor, percuma jersi ‘player issue’, diskaun barang rasmi dan lain2 seperti di dalam poster tersebut.

Menurut kenyataan daripada laman facebook rasmi Northenlions Perlis, para penyokong singa utara boleh mendapatkannya melalui aplikasi Stubapp atau belian secara langsung di stadium bermula jam 10.00 pagi hari ini (Khamis, 24 Januari).

Jersi baharu dilancarkan

Selain, mereka juga telah melancarkan jersi baharu untuk musim 2019 dengan logo pasukan diubah warna kepada biru kuning dan kelihatan lebih kemas daripada sebelum ini. Jersi baharu keluaran SkyHawk itu akan digunakan oleh semua pasukan Perlis Northern Lions untuk musim 2019.

Jersi baharu Perlis tajaan Skyhawk. FOTO: Northernlions Perlis

Jersi “home” skuad singa utara ialah berwarna kuning, “away” berwarna biru manakala jersi alternatif berwarna hijau. Jersi-jersi ini juga membawa logo PNL yang telah dikemaskinikan dengan warna kuning biru.

Difahamkan harga jersi tersebut ialah RM69.00 dan boleh didapati mulai hari ini pada pukul 10.00 pagi di perkarangan Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN