Perlis Berlatih Di Kuala Lumpur Untuk Menyakinkan Penaja

Presiden Persatuan Bolasepak Perlis (PFA), Datuk Ahmad Amizal Shaifit semalam menjelaskan sebab-sebab pasukannya terpaksa berlatih di Kuala Lumpur berbanding di Kangar.

Beliau berkata tujuan sesi latihan itu diadakan di ibu kota adalah untuk menyakinkan penaja bukan dibuat tanpa arah tujuan.

“Perlis kosong, tiada apa-apa, tiada siapa nak taja perlis. Tiada apa-apa nilai yang orang boleh taja Perlis, kita buat latihan di Kuala Lumpur semata-mata untuk meyakinkan penaja sebab mereka boleh dekat dengan pemain dan bukan suka-suka untuk buat latihan di sini,” katanya dalam Berita Harian.

Ahmad Amizal semalam mendedahkan empat penaja utama mereka menarik diri daripada menaja skuad Singa Utara susulan kemelut masalah tunggakan gaji yang melanda persatuan itu.

“Nak dapat penaja bukan senang, bukan Perlis saja, semua pasukan. Bila kita hilang penaja walaupun sudah sampai tahap 95 peratus perbincangan, ia satu kerugian buat semua,” tegasnya.

Walaupun tidak mendedahkan berapa jumlah tajaan terlepas itu, namun difahamkan ia berjumlah jutaan ringgit kerana membabitkan kumpulan penaja utama.

Foto: NorthernLions Perlis

Beliau turut mendedahkan perbincangan bersama penaja sudah mencapai tahap 95 peratus dan hanya menunggu untuk menandatangani persetujuan.

“Penaja percaya kepada pengurusan baharu, cuma benda yang berlaku ini menjadi satu benda yang negatif kepada penaja dan kalau kita nak cari penaja yang baru, bukan satu benda yang mudah. Tapi saya bukan individu yang akan berputus asa,” katanya.

Isu tunggakan gaji skuad Singa Utara bukan perkara baharu, namun ia semakin hangat selepas 18 pemain Perlis Northern Lions 2 (PNL 2) mendakwa mereka terpaksa melakukan kerja lain termasuk menjadi nelayan untuk menyara hidup kerana belum mendapat tunggakan gaji daripada PFA.

Justeru, Ahmad Amizal turut membuka pintu rundingan dengan kumpulan pemain berkenaan bagi menyelesaikan segala kemelut dan bukan hanya berbalas kenyataan di media.

“Saya ambil Perlis dalam keadaan kosong, satu benda pun tiada, jadi saya bukan nak minta pemain, peminat atau masyarakat faham. Tapi saya ambil Perlis dalam keadaan ada hutang dan saya rasa semua orang tahu benda itu.

“Jadi, pada 25 Januari nanti boleh datang jumpa dengan pengurusan dan kita cari jalan terbaik selesaikan salah faham ini. Biarlah perjumpaan itu membabitkan pemain yang mula-mula kami jumpa dulu tanpa ada pihak ketiga atau keempat,” katanya.

“Saya duduk di sini (sebagai presiden) bukan saya gila pangkat, bukan gila jawatan atau nama. Kalau hari ini ada mana-mana pihak yang rasa bertanggungjawab atau rasa dia mampu untuk ambil alih tampuk kepimpinan Perlis, saya lepas (jawatan).

“Tidak perlu gulingkan saya, tidak perlu jatuhkan saya, tak perlu buat apa-apa, hanya datang maklumkan nak ambil alih Perlis,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN