Perlesenan Kelab: FAM Tolak Rayuan Kelantan Dan Kuala Lumpur

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) semalam mengumumkan rayuan Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) dan Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) berkenaan permohonan lesen AFC dan lesen kebangsaan telah ditolak kerana gagal memenuhi salah satu kriteria dan syarat yang ditetapkan.

Menurut setiausaha agung FAM, Stuard Ramalingam, beberapa syarat kewangan yang ditetapkan dalam peraturan perlesenan gagal diselesaikan oleh KAFA dan KLFA untuk membolehkan mereka mendapat lesen yang sah.

“Badan Rayuan FAM telah mengkaji semula rayuan yang dibuat oleh PB Kelantan (KAFA) dan PB Kuala Lumpur (KLFA) pada 24 Oktober 2018 dan telah mengekalkan keputusan yang dibuat oleh First Instance Body (FIB) pada 10 Oktober 2018.

“KAFA dan KLFA gagal memenuhi syarat kewangan yang ditetapkan di bawah peraturan perlesenan. Kedua-dua pasukan, bagaimanapun, telah memenuhi lima kriteria lain iaitu infrastruktur, kakitangan dan pentadbiran, perniagaan, undang-undang dan sukan,” jelasnya.

Permohonan lesen AFC dan lesen kebangsaan oleh KAFA telah ditolak manakala KLFA masih diberi lesen kebangsaan tetapi dengan sanksi. Walaubagaimanapun, KLFA tidak boleh beraksi dalam saingan AFC tahun hadapan.

“Saya menasihati semua pasukan untuk lebih berhati-hati pada masa depan dalam mematuhi tarikh akhir dan butir-butir mengenai pematuhan syarat yang dinyatakan dalam peraturan,” tambah Stuart Ramalingam.

Foto: FAM

Minggu lepas, sebanyak 11 pasukan yang bertanding dalam saingan Liga Super Malaysia 2018 telah mendapat lesen kebangsaan bagi membenarkan mereka meneruskan saingan di pertandingan Liga Malaysia pada musim hadapan.

Daripada 11 pasukan tersebut, lapan pasukan turut lulus lesen AFC, bagi membolehkan mereka bersaing di saingan anjuran badan induk bola sepak Asia itu sekiranya layak.

Pemberian lesen kepada setiap pasukan dilakukan selepas ianya diputuskan oleh mesyuarat First Instant Body (FIB) Pelesenan Kelab FAM yang dipengerusikan oleh Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif pada 10 Oktober 2018.

Kedah FA, Selangor FA, Johor Darul Ta’zim (JDT), Negeri Sembilan FA, Perak FA, Terengganu FA, Melaka United SA dan PKNS FC, Kuala Lumpur FA, Pahang FA dan PKNP FC adalah pasukan yang lulus mendapat lesen kebangsaan.

Manakala lapan daripada pasukan tersebut iaitu Kedah FA, Selangor FA, Johor Darul Ta’zim (JDT), Negeri Sembilan FA, Perak FA, Terengganu FA, Melaka United SA dan PKNS FC adalah pasukan-pasukan yang berjaya memperolehi lesen AFC.

Bagaimanapun menurut kenyataan tersebut, Kuala Lumpur FA, Pahang FA dan PKNP FC juga berjaya mendapatkan lesen kebangsaan tetapi dengan sanksi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN