Video: Lihat Koleksi Gol Paco Alcacer Di Bundesliga

Paco Alcacer

Paco Alcacer menyertai Borussia Dortmund pada awal musim ini secara pinjaman. Dan beliau ternyata menjadi antara penggempur berbisa di Bundesliga, mengembalikan semula sentuhan beliau di hadapan gol.

Beliau telah menjaringkan 7 gol dalam 4 penampilan pertama di Bundesliga termasuk hatrik dramatik ketika menentang Augsburg.

Alcacer memanfaatkan peluang diberikan kepada beliau selepas sukar untuk bermain dan mendapatkan minit di Barcelona. Ketika di Barcelona beliau agak lama terlepas panggilan skuad kebangsaan.

Beliau bergelut dengan prestasi untuk adaptasi dengan sistem permainan dan juga tekanan di Barcelona yang dibarisi ramai penyerang bintang.

Pada ketika ini, Alcacer antara sebab kenapa Borussia Dortmund berada di kedudukan teratas liga buat masa ini. Purata 1 gol untuk setiap 18 minit buat masa ini adalah bukti efisiensi pemain ini.

Beliau pemain yang tinggi dan sangat pantas. Memiliki kualiti ‘poaching’ (naluri gol) yang sangat baik.

Alcacer menyifatkan beliau hadir pada masa yang tepat ke Borussia Dortmund yang mencari penggempur utama. Ini selepas kelab itu kehilangan Aubameyang.

Di Borussia Dortmund, ekspektasi ke atas beliau tak terlalu tinggi dan ini yang membolehkan Alcacer lebih fokus kepada permainannya.

Bercakap kepada media, bekas penyerang Valencia ini berkata:

“Saya sangat gembira di Dortmund. Bagi saya, datang ke sini adalah pilihan tepat pada masa yang tepat. Menerima banyak sokongan daripada penyokong adalah perkara yang menyeronokkan.”

Paco Alcacer

“Kelab ini, penyokong dan rakan-rakan dalam skuad ini sangat mengalu-alukan kedatangan saya.”

“Saya akan cuba yang terbaik untuk membalas mereka dengan gol.”

Pengurus Borussia Dortmund, Lucien Favre menyatakan mereka sedang menyaksikan keajaiban daripada Paco. Beliau percaya Paco Alcacer akan mampu menjadi penggempur utama Sepanyol dengan prestasi beliau yang ada.

Ini adalah video khas daripada Bundesliga untuk Paco Alcacer selepas permulaan luar biasa pemain itu di Jerman.

Adakah Broussia Dortmund akan mengakhiri sekali lagi dominasi Bayern Munich musim ini dengan bantuan Alcacer?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN