Perlawanan Persahabatan SMKA Arau vs SMISTA Kukuhkan Pembangunan Akar Umbi, Lahirkan Pemain Hafiz al-Quran

Pada pagi Selasa, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Arau, Perlis dan Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz MAIWP (SMISTA), Kuala Lumpur telah mengadakan perlawanan persahabatan bertempat di Padang Bola Sepak DBKL Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.

Kedua-dua sekolah ini merupakan sekolah terpilih yang menggunakan Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) di mana murid-muridnya diwajibkan untuk menghafaz al-Quran dan tetap mempelajari subjek akademik seperti sekolah menengah kebangsaan yang lain.

Keputusan perlawanan menyaksikan SMKA Arau mudah membenam cabaran SMISTA dengan jaringan 5-0.

Penolong Kanan Kokurikulum SMKA Arau, Fakhrorrazi Abd Latif ketika dalam ucapannya selepas perlawanan menjelaskan, kunjungan dan perlawanan yang diadakan ini bertujuan untuk memberi pengalaman kepada pasukan bola sepak sekolahnya beraksi menentang pasukan-pasukan lain di luar daerah atau negeri mereka yang terletak jauh di utara semenanjung Malaysia.

Selain itu tambah Fakhrorrazi lagi, penuntut di sekolah agama perlu menjadi contoh kepada semua murid lain bahawa mereka yang hebat bermain bola sepak juga mampu menjadi penghafaz al-Quran yang baik.

Ia sekaligus melahirkan murid sekolah yang seimbang bukan sahaja dari sudut agama dan akademik, tetapi turut cemerlang dalam sukan.

Fakhrorrazi turut menjelaskan dalam perlawanan persahabatan seperti ini, kalah atau menang bukanlah menjadi matlamat utama, tetapi yang lebih penting adalah jalinan ukhwah di antara guru dan murid kedua-dua sekolah.

SMKA Arau selepas ini akan bertemu dengan pasukan bola sepak SMK Bandar Baru Uda, Johor pada pagi Rabu dan akan menghadiri seminar mengenai inovasi dan kebitaraan bola sepak di peringkat sekolah.

Sementara itu, jurulatih SMISTA, Muhammad Harith Md Razi mengakui masih banyak usaha yang perlu dilakukan untuk memperbaiki prestasi pasukannya.

“Ternyata kami masih jauh ketinggalan dalam banyak perkara dengan pasukan lawan. Dari sudut teknikal dan kemahiran jelas pasukan saya memerlukan lebih banyak latihan dan bimbingan.

“Cuma masalah utama yang kami hadapi di sekolah ini adalah kekurangan fasiliti dan kemudahan sukan terutamanya ketiadaan padang bola sepak.

“Bagaimanapun kami akan berusaha lebih keras selepas ini agar pasukan ini mampu bersaing dengan pasukan-pasukan handalan lain seperti pasukan SMKA Arau yang hadir pada hari ini.” katanya lagi.

Selepas perlawanan, kedua-dua pasukan bertukar cenderahati sebagai tanda kenang-kenangan. SMISTA diwakili oleh Setiausaha Sukannya, Ahmad Faisal Abu Samah sementara Fakhrorrazi dan pengurus pasukan, Nazrin Adli Yahya pula mewakili SMKA Arau.

Perlawanan persahabatan seperti ini sewajarkan diteruskan untuk memberi peluang kepada pemain di peringkat akar umbi menyerlahkan bakat mereka.

Dengan usaha yang gigih dalam meningkatkan kualiti pengurusan pasukan bola sepak di peringkat sekolah seperti ini diteruskan, tidak mustahil satu hari nanti kita akan dapat lihat mereka yang menghafaz al-Quran ini mewakili menjadi pemain profesional sehingga mampu dan bermain untuk pasukan Harimau Malaya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN