Perlawanan terakhir Liga Super 2017 akan menyaksikan pasukan Kedah melayan kunjungan pasukan Kedah.
Ianya ibarat perlawanan pemanas badan untuk final Piala Malaysia yang akan berlangsung semingg selepas perlawanan ini.
Prestasi semasa
Kedah tewas 3 daripada 5 perlawanan tearkhir mereka dalam semua pertandingan. Manakala JDT hanya tewas sekali untuk tempoh yang sama.
Namun untuk perlawanan Liga Super sahaja, Kedah kalah dalam 3 perlawanan terakhir mereka. 9 kali gawang mereka bocor. JDT pula, kalah 2 daripada 5 perlawanan terakhir mereka dalam kempen Liga Super.
Rekod pertemuan
JDT memiliki rekod yang lebih baik dalam 6 pertemuan terakhir kedua-dua pasukan. Menang 3 kali dan seri sekali. Manakala Kedah hanya menang sekali dalam 6 pertemuan terakhir mereka dengan JDT.
Fakta perlawanan
- Kali terakhir Kedah menang ke atas JDT (dalam 90 minit) adalah pada 16 April 2016 dalam perlawanan Piala FA
- JDT memiliki purata 3 gol per perlawanan dalam 3 perlawanan terakhir mereka menentang Kedah ataupun 9 gol daripada 3 perlawanan dan hanya bolos 2 kali
- Kedah sudah 7 kali tewas di gelanggang sendiri setakat ini pada musim 2017
Sebelum wisel
Ini adalah perlawanan penting untuk mendapatkan motivasi sebelum perlawanan akhir. Kedua-dua pasukan mungkin akan merehatkan beberapa pemain. Namun ia bukan alasan untuk aksi hambar.
Nidzam Adzha pastinya mahu mengucapkan selamat tinggal kepada musim 2017 dengan kemenangan di Darulaman.
Kami menjangkakan Stadium Darulaman akan penuh pada malam ini. Siapakah yang akan menang perlawanan ini?