Menonton Bola Secara Haram. Penyokong & Pembekal Perkhidmatan Didenda Sehingga RM95,000

Dalam dunia yang serba canggih pada hari ini, pelbagai platform dan peranti yang boleh digunakan oleh pemminat bola sepak untuk menyaksikan perlawanan bola sepak sama ada secara sah mahupun secara haram.

Di England, kes menonton siaran tv secara haram ini sangat tegas dibanteras terutama sekali untuk siaran bola sepak EPL yang memiliki nilai yang sangat tinggi.

Seorang peminat bola sepak telah ditangkap menggunakan Kodi untuk menonton siaran Sky Sports terutama sekali untuk bola sepak. Rumahnya diserbu dan diminta membayar ganti rugi sebanyak £16,000 bersamaan RM89,000.

Angka tersebut boleh digunakan untuk melanggan siaran sukan Sky Sports untuk lebih 50 tahun. Kos langganan sebulan untuk Sky Sports adalah sekitar £25 sebulan secara purata.

Yusuf Mohammed, dari Bristol adalah antara pesalah terbaru yang ditangkap oleh pihak berkuasa.

Pihak Sky Sports telah mengarahkan beliau memberikan maklumat kepada pihak berkuasa berkaitan pelanggan-pelanggan lain yang membeli perkhidmatan itu daripada beliau.

Serbuan ini dilakukan selepas seorang pemilik kedai ditangkap menjual kotak Kodi kepada penonton yang mahukan siaran tv satelit percuma termasuk filem dan sukan.

Tindakan perundangan itu diambil atas kesalahan hak salinan (copyright) daripada pihak tertentu. Amaran sudah diberikan sejak awal tahun ini lagi.

Sudah banyak kes dan juga hukuman dijatuhkan kepada pesalah yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur.

Di Middlesbrough, seorang ahli perniagaan terkenal di bandar tersebut, Brian Thompson (gambar), 55 dijatuhkan hukuman gantung 18 bulan daripada menggunakan sebarang perkhidmatan atas talian.

Ini termasuk internet yang menggunakan sambungan talian. Thompson juga didenda £17,000 ataupun sekitar RM95,000 oleh mahkamah kerana beberapa set dekoder kodi dijumpai di dalam kedai beliau.

Pihak berkuasa di England tegas dalam hal ini. Badan bola sepak Inggeris telah mencatat rekod baru dalam dunia penyiaran bola sepak musim ini.

Jadi, sudah pastinya mereka mahu lebih menjaga hak esklusif penyiaran yang mereka miliki.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN