Perlawanan Liga Super JDT-Selangor Ditangguhkan Akibat Keadaan Padang

Perlawanan minggu ke-8 unifi Liga Super Malaysia 2018 di antara pendahulu liga, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan juga Selangor terpaksa ditangguhkan.

Penangguhan tersebut disahkan oleh badan pentadbir bola sepak negara, Malaysian Football League (MFL) dalam satu muat naik di laman rasmi Facebook milik mereka.

Sumber: JST, Facebook.

Menurut kenyataan tersebut, pengadil perlawanan terpaksa memutuskan perlawanan tersebut agar ditangguhkan selepas keadaan padang di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos yang tidak mengizinkan untuk perlawanan tersebut diadakan.

Ini berikutan hujan lebat tanpa henti yang melanda Johor Bahru sejak dari malam tadi sehingga ke hari ini.

Penangguhan tersebut dibuat oleh pengadil perlawanan yang terlibat di dalam perlawanan tersebut setelah mengambil kira faktor keselamatan pemain kedua-dua pasukan yang terdedah kepada risiko kecederaan apabila beraksi di permukaan padang yang tidak sesuai.

Walaupun perlawanan tersebut dijadualkan hanya akan mengambil tempat pada jam 9 malam, pengadil melakukan keputusan tersebut lebih awal, berdasarkan pengalaman lalu apabila keadaan padang tidak akan berubah menjelang waktu perlawanan.

Pengumuman awal juga dilakukan untuk mengelakkan sebarang isu yang mungkin timbul berkenaan kehadiran penyokong dari kedua-dua pasukan yang tidak dapat menyaksikan perlawanan pada malam ini.

FOTO: FA Selangor

Dalam perlawanan menentang Pahang FA di peringkat suku akhir Shopee Piala FA yang lalu, keadaan padang di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos berada di dalam keadaan tidak baik selepas hujan lebat yang berlaku sebelum perlawanan.

Keadaan padang tersebut turut menjejaskan rentak permainan kedua-dua pasukan, walaupun Pahang tampil sebagai pemenang perlawanan tersebut dengan jaringan 3-0.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN