Perlawanan Bastia-Lyon Dibatalkan Selepas Penyokong Tuan Rumah Menyerang Pemain Pelawat

Minggu ini sahaja menyaksikan dua kali skuad Olympique Lyonnais mengalami masalah gangguan daripada penyokong ketika perlawanan.

Pertama adalah ketika aksi Europa League ketika menentang wakil dari Turki – Besiktas.

Namun selepas itu, ketika aksi Ligue 1 menentang Bastia terjadi sekali lagi perkara yang sama.

Diserang 

Serangan ini berlaku ketika skuad Lyon bertandang ke laman Bastia untuk aksi rutin Ligue 1 mereka.

Namun begitu, ketika mereka hendak melakukan sesi memanaskan badan sebelum perlawanan berlangsung terjadinya serangan dari penyokong pasukan tuan rumah.

Menurut pertahanan Lyon Jeremy Berthod, beliau menyaksikan penjaga gol tuan rumah iaitu Mathieu Gorgelin dan rakan sepasukannya Memphis Depay cuba untuk menghalang beberapa penyokong tuan rumah yang cuma menceroboh padang.

Namun begitu, usaha 2 pemain tersebut disukarkan lagi dengan kehadiran lebih ramai penyokong Bastia yang masuk ke padang lalu menyerang para pemain Lyon.

Penyokong Bastia menyerang para pemain Lyon sebelum perlawanan berlangsung.

Para pemain Lyon kemudiannya dibawa masuk ke terowong stadium dan hasil dari kekecohan itu – sepak mula perlawanan ditangguh hampir 55 minit.

Perkara ini nyata mengejutkan pasukan Lyon, mereka pada mulanya tidak mahu beraksi namun selepas dipujuk mereka tetap bermain.

Tetapi terdapat insiden susulan yang berlaku selepas itu menyaksikan perlawanan itu akhirnya dibatalkan ketika rehat separuh masa.

Alexandre Lacazette menerusi Twitternya menulis, “memalukan! mengarut!” merujuk kepada insiden yang berlaku.

Pihak Ligue 1 mengutuk sekeras-kerasnya kekecohan yang berlaku dengan mereka membuat keputusan untuk menghukum Bastia untuk bermain di laman sendiri tanpa penyokong.

“Kami mengecam sekeras-kerasnya insiden yang berlaku sebelum perlawanan Bastia-Lyon yang menyaksikan perlawanan itu dibatalkan ketika rehat separuh masa.”

Baca juga: Tunku Tun Aminah Minta Isu Pengadil Tak Diperbesarkan, Semua Pasukan Alami Perkara Sama

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN