Saul Niguez: “Saya Perjudikan Kesihatan Diri Sendiri Demi Atletico Madrid”

Bintang Atletico Madrid, Saul Niguez telah melakukan satu pendedahan mengenai perjalanan kariernya.

Bercakap kepada MARCA, beliau mendedahkan yang beliau menghabiskan tempoh 2 tahun kebelakangan ini bermain dalam kesakitan demi lencana di dada iaitu Atletico Madrid.

Menurut beliau, sejak 2 musim yang lalu Saul terpaksa berhadapan dengan masalah buah pinggang yang mula dihadapi beliau ketika perlawanan UEFA Champions League 2014/2015 menentang Bayer Leverkusen.

Demi lencana di dada

Apa yang dilalui oleh Saul ini nyata merupakan sesuatu yang cukup bahaya bagi sesiapa sahaja.

Mana tidaknya, dikala baru sahaja terkena masalah tersebut Saul berasa mual dan telah muntah sebanyak 7 kali dalam 7 situasi berbeza.

Selain itu juga, beliau mengalami sakit-sakit yang lain yang kemudiannya memaksa doktor di Atletico Madrid membuat keputusan untuk memasukkan beliau ke hospital untuk menerima rawatan lanjut.

Di hospital, Saul terpaksa berehat selama 4 hari.

Sepanjang 2 tahun ini juga, Saul mendedahkan yang beliau terpaksa membersihkan darahnya setiap kali perlawanan dan latihan tamat.

“Sejak 2 tahun kebelakangan ini, saya perlu cuci darah saya setiap kali tamat perlawanan dan juga latihan.”

“Terus terang saya cakap, saya tak selesa lakukan perkara tersebut.”

Namun begitu, Saul tetap gagahkan diri mengharungi kesulitan tersebut demi lencana di dada.

“Saya perjudikan kesihatan saya demi lencana di dada, untuk penuhi impian saya.”

Menurut Saul, beliau mempunyai cita-cita tinggi untuk memenangi UEFA Champions League satu hari nanti bersama Atletico Madrid.

Beliau berharap cita-cita beliau yang dikongsi bersama rakan-rakan sepasukan berjaya dipenuhi.

Anda wira sebenar, Saul Niguez!

Baca juga: Perlawanan Bastia-Lyon Dibatalkan Selepas Penyokong Tuan Rumah Menyerang Pemain Pelawat

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN