Perkembangan Positif Yang Diharapkan Dalam Liga Malaysia 2018

Liga Malaysia

Seperti yang kita sedia maklum. Liga Malaysia musim 2017 hampir melabuhkan tirai dimana Liga Super Malaysia tinggal dua permainan sahaja lagi dan Piala Malaysia sudah memasuki peringat suku akhir kedua hari ini. Namun, saya mempunyai harapan tersendiri untuk Liga Malaysia bagi musim hadapan, iaitu ingin melihat perkembangan positif dari semua aspek.

Antara 5 perkembangan yang ingin dilihat adalah :

1) Perlesenan kelab

Semua pasukan dari Liga Super dan Liga Perdana musim hadapan diharap dapat mendapatkan perlesenan kelab sama ada daripada AFC dan FAM.

Ini juga bagi mempercepatkan lagi proses penswastaan Liga Malaysia. Sehubungan dengan itu, dengan adanya lesen untuk sesebuah pasukan, ia juga akan memberi impak yang positif dari segi komersial dan jenama pasukan.

Tidak mustahil penaja dari dalam dan luar negara berminat untuk menaja. Kerana mereka sedia maklum, untuk mendapatkan lesen dari AFC dan FAM mempunyai syarat-syarat yang ketat.

2) Pemain import berkualiti

Pemain import yang berkualiti dapat menjamin ‘survival’ buat pasukan sepanjang musim di samping dapat menarik pasukan luar dan dalam negara untuk mendapatkan ‘tanda tangan’ pemain tersebut.

Pasukan tempatan sering kali bergelut dengan masalah pemain import yang beraksi kurang memuaskan dan ada daripada mereka tidak dapat menyesuaikan diri dengan bolasepak tempatan.

Saya berharap musim hadapan pasukan tempatan kita dapat mencari pemain import yang berkualiti bagi meningkatkan lagi daya saing di Liga Malaysia. Secara tidak langsung, pemain import yang berkualiti dapat memberi pendedahan kepada pemain tempatan.

3) Pemain import dari Asia Tenggara

Sekiranya syarat menyatakan salah seorang daripada pemain import mesti daripada negara ASEAN. Saya bersetuju dengan polisi tersebut.

Seperti yang kita sedia maklum, ia dapat menarik penonton dan penaja dari asia tenggara untuk menyaksikan Liga Malaysia.

Tidak mustahil beberapa tahun yang akan datang kita dapat menjadikan Liga Malaysia sebagai hub bolasepak asia tenggara dengan liputan yang meluas mengenai pemain, pengurusan liga dan penaja.

4) Berkongsi kepakaran dengan pasukan luar

Setiap pasukan di Liga Malaysia harus berani untuk menjalinkan kerjasama dengan pasukan dari negara luar untuk berkongsi kepakaran, teknologi, pembangunan dan meningkatkan nilai komersial pasukan.

Saya ingin melihat banyak lagi pasukan tempatan akan menjalin hubungan dengan pasukan yang telah terbukti kemampuan, dimana ianya dapat memberikan manafaat kepada kedua-dua belah pihak.

5) Pecahkan dominasi JDT, Pahang dan yang lain-lain

Kita sedia maklum pasukan seperti JDT, Pahang, Kedah, Selangor cukup dominan di Liga Malaysia.

Saya berharap pasukan lain dapat melakukan kejutan di musim hadapan. Ia juga dapat memberi kesan positif kepada persaingan yang sihat dalam kalangan pasukan yang bertanding.

Dengan memecahkan dominasi ini, pasti akan ada pemain muda yang akan meningkat naik. Supaya negara tidak ketandusan pemain muda yang berbakat dan memudahkan kerja Ketua Jurulatih negara untuk memilih pemain.

 

Nota editor: Artikel ini merupakan hasil kiriman pembaca kami yang bernama Justine Pengiran Igai. Jika anda mahu tulisan anda dibaca oleh jutaan rakyat Malaysia, hantar artikel 300 patah perkataan anda dalam format MS Word ke [email protected] .

Kredit foto : Johor Southern Tigers & Melaka United Soccer Association

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN