Dua Jaringan Daniel Ceballos Bantu Real Madrid Raih Kemenangan Ketiga Saingan La Liga

Daniel Ceballos

Pemain muda, Daniel Ceballos muncul sebagai wira buat Real Madrid apabila berjaya menjaringkan dua gol bagi menewaskan Deportivo Alaves 2-1 dalam perlawanan La Liga yang berlangsung di Estadio Mendizorroza.

Real Madrid yang ketinggalan tujuh mata dibelakang pendahulu liga, Barcelona merehatkan Gareth Bale dan Luka Modric menjelang perlawanan Liga Juara-Juara Eropah bertemu Borussia Dortmund nanti.

Skuad bimbingan Zinedine Zidane itu kini sedang berdepan masalah apabila masih gagal mencatatkan sebarang kemenangan di Santiago Bernabeu dalam saingan liga apabila hanya mampu seri keatas Valencia dan Levante manakala tewas ditangan Real Betis 3 hari lalu dihadapan penyokong sendiri.

Lain pula situasinya ketika bertandang ke gelanggang lawan apabila Madrid berjaya menang kesemua 3 perlawanan ketika ini.

Pemain bintang, Cristiano Ronaldo yang sudah membuat penampilan kedua bersama Madrid dalam saingan liga selepas kembali dari penggantungan juga masih buntu untuk membuka tirai jaringan buat dirinya.

Daniel Ceballos
Real Madrid’s midfielder from Spain Daniel Ceballos (R) celebrates a goal with teammates during the Spanish league football match Deportivo Alaves vs Real Madrid CF at the Mendizorroza stadium in Vitoria on September 23, 2017. / AFP PHOTO / ANDER GILLENEA (Photo credit should read ANDER GILLENEA/AFP/Getty Images)

Real Madrid tidak menunggu lama bagi mendapatkan jaringan pertama setelah hantaran lintang dari sebelah kiri yang dilakukan Marco Asensio berjaya disudahkan dengan kemas Daniel Ceballos untuk meletakkan pelawat dihadapan pada minit ke-10.

Ketiadaan Marcelo yang masih mengalami kecederaan juga dirasai apabila Munir El Haddadi berjaya melepasi kawalan Nacho Fernandez yang mengambil alih tugas Marcelo seterusnya melakukan hantaran lintang menarik yang pantas disambar ketua pasukan, Manu Garcia untuk melakukan tandukan cantik bagi menewaskan Keylor Navas 5 minit sebelum babak pertama tamat.

Jaringan tersebut juga merupakan gol pertama yang berjaya dijaringkan oleh pasukan tuan rumah selepas melalui 6 perlawanan La Liga.

Tersentak dengan jaringan tersebut, Real Madrid tidak menunggu lama untuk kembali mendahului hanya selepas tiga minit jaringan yang dihasilkan Manu Garcia itu terhasil.

Berpunca daripada hantaran terus Dani Carvajal ke pintu gol Alaves yang cuba dikeluarkan dari kawasan bahaya oleh penjaga gol, Fernando Pacheco, namun Daniel Ceballos lebih pantas untuk mendapatkan bola dan seterusnya melakukan rembatan yang sekali lagi menerjah gawang tuan rumah.

Usaha yang dilakukan pada babak kedua terutamanya oleh Real Madrid gagal untuk menambah jaringan bagi perlawanan tamat dengan keputusan 2-1 memihak Real Madrid untuk mencatatkan kemenangan ketiga musim ini dan juga merupakan kemenangan ketiga mereka di tempat lawan.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN