Perincian Tawaran Kontrak 10 Tahun Bernilai €700 Juta Dari Manchester City Untuk Messi

Lionel Messi Manchester City

Masa depan Lionel Messi di Barcelona sudah terjawab apabila pemenang enam kali anugerah Ballon d’Or itu secara rasmi berpisah dengan kelab yang diwakilinya sejak remaja selepas pembaharuan kontraknya terhalang oleh peraturan kawalan ekonomi (ECP) La Liga.

Ini bermakna Messi akan meninggalkan kelab Catalan itu sebagai ejen bebas dan dibenarkan untuk menyertai mana-mana kelab secara percuma memandangkan kontraknya telah pun berakhir pada 30 Jun lalu.

Maka persoalan terbesar yang bermain di fikiran peminat bola sepak di seluruh dunia ketika ini adalah, di mana destinasi baru buat Messi bagi meneruskan kariernya selepas ini?

Tawaran lumayan

Perkembangan tersebut sudah tentu memberi peluang kepada City Football Group yang memiliki empayar bola sepak di seluruh dunia termasuk kelab Manchester City untuk merangka perancangan jangka panjang.

Kumpulan itu bakal menawarkan pemain berusia 34 tahun itu dengan kontrak mewah selama 10 tahun yang dianggarkan bernilai €700 juta.

Berdasarkan laporan The Times, tawaran tersebut telah pun dibentang pada penghujung tahun lalu di mana dalam tempoh 10 tahun itu, beliau dibenarkan untuk beraksi bukan hanya bersama Manchester City, tetapi juga mana-mana lapan pasukan lain yang dimiliki oleh syarikat tersebut.

Ia bermaksud sekiranya Messi sudah tidak mahu beraksi di Liga Perdana Inggeris (EPL), beliau boleh beraksi di Amerika Syarikat bersama kelab MLS iaitu New York City FC, kelab liga Australia Melbourne City, kelab liga Jepun Yokohama Marinos atau kelab-kelab lain.

Nilai komersial Messi

Apabila Messi mengambil keputusan untuk menggantung but, dengan baki kontraknya itu, beliau akan berperanan sebagai duta global buat City Football Group.

Ia jelas menggambarkan nilai komersial yang dimiliki oleh pemain ini sekalipun selepas beliau bersara. Dengan imej ikonik yang dimilikinya, City boleh menanam hasrat untuk menandingi pasaran komersial yang dimiliki oleh Manchester United dan Liverpool di serata dunia.

https://twitter.com/EsselKobina39/status/1361764756902846465?s=20

Kemungkinan Messi untuk dibawa masuk ke Stadium Etihad bertambah cerah selepas Pep Guardiola melanjutkan kontraknya selama dua tahun di kelab tersebut dan semua pihak tau hubungan baik di antara kedua-dua mereka.

Bagaimanapun, City tidak berdepan dengan jalan mudah untuk memancing pemain terbaik dunia ini kerana kelab-kelab ternama lain juga sudah tentu mahu menggunakan kesempatan terbaik ini.

Perlumbaan bermula

Paris Saint-Germain juga diketahui sebagai sebuah pasukan yang mempunyai kekuatan kewangan yang cukup besar, apatah lagi musim ini mereka belum lagi berbelanja besar kerana berjaya mendapatkan beberapa pemain ejen bebas secara percuma.

Begitu juga dengan Chelsea yang sedang terdesak untuk membawa masuk penyerang baharu di mana bidaan mereka untuk mendapatkan Erling Haaland dan Romelu Lukaku telah ditolak.

https://twitter.com/Param63465581/status/1423511467236610048?s=20

Tidak terkecuali adalah Bayern Munich, Inter Milan dan juga kelab pertama yang disertai Messi iaitu Newell Old Boys.

Penutup

Walaupun usianya telah mencecah 34 tahun, Messi masih kekal menjadi penyerang paling efektif di dunia berdasarkan statistik yang dimiliki. Musim lalu, dalam penampilan bersama kelab dan negara , beliau telah merekodkan 44 gol serta menyumbang 19 bantuan jaringan.

Apatah lagi beliau masih segar dengan kejayaan memimpin Argentina menjulang kejuaraan Copa America tempoh hari dan menamatkan kejohanan tersebut selaku pemenang anugerah pemain terbaik dan penjaring terbanyak.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN