6 Pemain Liverpool Harus Biarkan Pergi Sebelum Mampu Beli Pemain Baharu

Pada jendela perpindahan musim panas yang lalu, Liverpool berjaya melengkapkan perpindahan pemain bernama besar seperti Diogo Jota dan Thiago Alcantara.

Walau bagaimanapun, pada jendela perpindahan musim panas ini pula, The Reds sepertinya agak sendu dan baru mampu menandatangani Ibrahima Konate sahaja setakat ini.

Tidak dinafikan ketibaan Ibrahima Konate pada awal jendela perpindahan dibuka bakal menjadi pelaburan yang bermakna untuk skuad kendalian Jurgen Klopp itu.

Setakat ini, masih belum ada ura-ura yang Liverpool akan membawa masuk mana-mana pemain lain, namun, satu hal yang pasti, mereka mahu melepaskan beberapa pemain terlebih dahulu dalam usaha untuk merombak skuad.

The Daily Mirror turut melaporkan yang Jurgen Klopp perlu untuk menjual beberapa pemain bukan ‘homegrown’ terlebih dahulu, sebelum membawa masuk pemain lain, bagi mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh Premier League.

Marko Grujic sudah meninggalkan Anfield baru-baru ini, namun Liverpool harus memilih beberapa lagi pemain lain, untuk mengikuti jejak langkah pemain kebangsaan Serbia itu.

Berikut merupakan enam pemain yang dilaporkan mahu dilepaskan oleh kelab pada jendela perpindahan musim panas ini.

1) Sheyi Ojo 

Kerap dipinjamkan ke pasukan lain sejak beliau melakukan debutnya bersama skuad utama pada 2015 lalu, sepertinya tiada masalah untuk Liverpool menjual saja pemain seperti Ojo.

Walau bagaimanapun, selepas membenarkan beliau beraksi bersama pasukan lain untuk mencari pengalaman sebelum ini, sepertinya bakal pembeli Ojo akan lebih beruntung apabila mendapatkan khidmatnya nanti.

https://twitter.com/nattyroons/status/1420741270662639626?s=19

2) Ben Davies

Tidak dinafikan lagi, penandatanganan Ben Davies jelas sekali merupakan satu hal yang sia-sia dan sangat aneh pernah dilakukan oleh Liverpool.

Davies awalnya mahu ditandatangani oleh Celtic dari Preston North, namun kerana pihak kelabnya menghormati Liverpool sebagai pasukan Juara, maka mereka memutuskan untuk menjual pemain pertahanan itu kepada The Reds.

Sayangnya pula, Davies langsung tidak pernah beraksi dalam mana-mana perlawanan kompetetif untuk Liverpool sejak ditandatangani.

https://twitter.com/AnfieldWatch/status/1422970142003187718?s=19

Ben Davies ketika ini hangat dikaitkan bakal ditandatangani oleh Sheffield United, dan sepertinya Liverpool juga tiada masalah untuk kehilangan khidmat beliau pada ketika ini.

3) Nathaniel Phillips 

Pemain centre-back ini merupakan wira skuad The Reds pada penghujung musim lalu, dengan beliau cemerlang bergandingan bersama Ozan Kabak di posisi pertahanan Liverpool.

Selepas Liverpool kehilangan tiga pemain centre-back utama, Van Dijk, Gomez dan Matip pada musim lalu, Nathaniel Phillips berjaya mengukuhkan kedudukan beliau sebagai pilihan utama skuad.

Namun begitu, selepas kepulangan semula kesemua pemain pertahanan yang cedera, dan ditambah dengan Ibrahima Konate, sepertinya sukar untuk Nat mendapat tempat.

Beliau ketika ini sedang dikaitkan dengan bakal menyertai Brighton dan sepertinya Liverpool akan bersedia untuk menjualnya jika tawaran yang diterima berbaloi.

4) Loris Karius

Ya, faham tentu ramai akan terkejut, namun harus difahami yang Loris Karius sebenarnya masih lagi pemain Liverpool dan berada di bawah tanggungjawab kelab.

Detik yang menjadi titik permulaan kehancuran karier Loris Karius

Memandangkan kisah dan sejarah hitam beliau di Anfield, adil untuk katakan yang sukar untuk melihat Karius kembali beraksi bersama skuad utama.

Beliau pada musim lalu telah dipinjamkan untuk beraksi bersama Union Berlin, dan beliau sepertinya perlu segera untuk mengakhiri kariernya di Anfield.

5) Xherdan Shaqiri

Xherdan Shaqiri tidak dinafikan lagi sememangnya salah seorang pemain yang sangat berbakat dan mempunyai potensi.

Beliau pernah menjulang dua kejuaraan Champions League dalam kariernya, namun sepertinya tiada tempat untuk bintang Switzerland itu dalam skuad utama Liverpool ketika ini.

Dengan kontraknya masih aktif sehingga 2023, Liverpool sepertinya perlu menjual saja Shaqiri sekarang, memandangkan beliau masih ada harga dalam pasaran pemain.

Walau bagaimanapun, Shaqiri baru-baru ini telah menjelaskan yang beliau tiada perancangan untuk meninggalkan Anfield dan bersedia untuk menghadapi musim baharu bersama Liverpool.

6) Divock Origi 

Kebaikan untuk kedua-dua belah pihak, Liverpool tidak sepatutnya terus menyimpan pemain seperti Origi dalam skuad mereka.

Semakin lama beliau diperam, semakin peminat lupa yang Origi pernah menjaringkan gol penting ketika bertemu Everton, Barcelona dan Tottenham Hotspur ketika aksi perlawanan akhir Champions League.

https://twitter.com/AnfieldWatch/status/1423036943315738626?s=19

Untuk kebaikan kariernya sendiri juga, Origi perlu beraksi bersama pasukan yang boleh memberi jaminan minit permainan padanya.

Beliau tidak sepatutnya terus diperam, semua orang tahu bakat dan potensi yang beliau miliki, namun dek kerana kekurangan minit permainan, bintang Belgium itu dilihat semakin tumpul pada ketika ini.

Sumber: GMS

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN