“Pergilah Ke Pelusuk Negeri & Daerah Untuk Cari Bakat Baharu,” – FAM

Mohd Firdaus Mohamed selaku Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) jelas mahu melihat lebih ramai bakat-bakat baharu untuk dikembangkan dalam negara pada masa akan datang.

Ketika ini, tunas-tunas baharu boleh dianggap sebagai masa depan buat bola sepak Malaysia, selepas mereka sendiri akan menjadi pelapis buat skuad Harimau Malaya suatu hari nanti.

Walaupun begitu, Firdaus sendiri mengharapkan agar semua pihak bertanggungjawab untuk turun sendiri ke pelusuk negara bagi mengesan bakat berpotensi bagi diasuh menjadi pelapis berkualiti Malaysia serta tidak terlalu bergantung harap kepada akademi sedia ada.

Malah, saingan Piala Presiden serta Belia yang akan bermula tidak lama lagi juga boleh dianggap sebagai salah satu perkara menarik untuk mereka mencungkil bakat-bakat baharu supaya boleh dikembangkan ke peringkat domestik, Asia atau dunia pada masa seterusnya.

“Saya meletakkan harapan besar untuk saingan Piala Presiden dan Piala Belia kali ini agar ramai lagi bakat baharu berjaya dikesan.

“Sebenarnya ramai lagi pemain muda yang ada potensi dan boleh diberi peluang. Zaman dulu pun, ramai pemain hebat dalam skuad Harimau Malaya datangnya dari pelbagai negeri dan daerah.

“Justeru saya harap kaedah sama dapat digunakan oleh pasukan dan jangan terlalu bergantung pemain dari Sekolah Sukan kerana masih banyak lagi pemain di luar sana yang boleh diketengahkan.

“Pergilah kepelusuk negeri dan daerah untuk cari bakat baharu. Kalau tak diberi peluang, macam mana mereka nak tunjukkan kemampuan,” kata Firdaus menerusi laporan dikeluarkan oleh Harian Metro.

Pada masa sama, saingan Piala Presiden dan Belia sudah pun melahirkan ramai pemain berkualiti dan menyinar buat pasukan kebangsaan dengan pemain Terengganu, Akhyar Rashid antara pernah mewarnai kejohanan tersebut suatu ketika bersama Kedah Darul Aman (Kedah).

Selain itu, Faisal Halim sendiri juga muncul daripada saingan Piala Presiden suatu ketika bersama Penang sebelum nama beliau melonjak secara mendadak di pentas domestik serta antarabangsa.

Contoh paling mudah diingati pastinya terarah kepada bekas penyerang Sabah iaitu Amri Yahyah yang mengembangkan bakatnya suatu ketika bersama Selangor.

Melalui saingan bersifat kompetitif untuk kedua kejohanan ini, dijangka lebih ramai para pemain muda tempatan dapat diperkenalkan suatu hari nanti, sekali gus berpeluang menjadi pelapis terbaharu pasukan kebangsaan.

Johor Darul Ta’zim (JDT), Selangor, Terengganu, dan Perak antara kini paling aktif melahirkan ramai bakat-bakat baharu bersama kualiti cukup menyakinkan.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN