Xabi Alonso Dedah Punca Kenapa Tolak Tawaran Liverpool Musim Depan

Pengendali bola sepak berbakat besar, Xabi Alonso ketika ini boleh dianggap antara pengurus paling cemerlang di Eropah selepas kejayaannya memastikan Bayer Leverkusen tampil begitu menonjol musim ini.

Sejak penyertaan Xabi bersama kelab tersebut dalam saingan Bundesliga, jelas segalanya tampak berubah buat Leverkusen terutama sekali membabitkan corak permainan mereka di atas padang.

Maka, tidak hairan mengapa kreativiti dan sentuhan emas bekas pemain Bayern Munich ini mendapat perhatian cukup tinggi dalam kalangan pasukan lain untuk menandatangani khidmatnya.

Musim ini sahaja Leverkusen cemerlang mendahului carta liga dengan merekodkan 28 perlawanan tanpa sebarang kekalahan untuk mengumpul 76 mata secara keseluruhan.

Keputusan semasa itu menyaksikan kini mereka semakin hampir untuk memenangi gelaran juara Bundesliga pada musim ini serta mengetepikan pasukan pilihan, Bayern Munich.

Apatah lagi Leverkusen kini boleh dikatakan jauh mendahului Bayern dengan perbezaan sebanyak 16 mata untuk terus kukuh di persada liga.

Keputusan hebat di Jerman kini menyaksikan nama Xabi dikaitkan bersama salah satu kelab ternama di England untuk saingan hadapan iaitu Liverpool selaku pengurus baharu.

Jurgen Klopp yang sudah begitu lama menabur bakti bersama Liverpool dilaporkan tidak lagi akan mengendalikan The Reds bagi saingan akan datang dan beberapa nama mula dikaitkan bersama pasukan itu.

Bulan lalu, menyaksikan Xabi telah pun membentangkan pelan masa depan beliau dalam dunia bola sepak profesional selaku pengurus kepada media.

“Saya sudah pun mengharungi satu perbincangan yang sangat baik pada bulan lalu bersama Bayer Leverkusen, dan saya sudah katakan ingin kekal bersama mereka pada saingan akan datang.

“Selepas pelbagai perbincangan mengenai masa depan, saya menggunakan tempoh cuti untuk membuat keputusan sendiri. Inilah tempat terbaik buat saya.

“Terlalu banyak alasan saya kekal di sini. Selepas satu tahun, kita berjaya membina pasukan yang hebat, kami mencipta semangat yang kuat di sini.

“Terlalu banyak sebab dan para pemain sendiri. Musim ini juga boleh dianggap berlalu dengan sangat hebat. Dan tentunya kami mahu mengharunginya lagi bersama-sama,” ulas Xabi menerusi perkongsian Sportbible.

Untuk aksi seterusnya, Leverkusen bakal menghadapi cabaran wakil England iaitu West Ham United bagi aksi pertama suku akhir Europa League di laman sendiri iaitu, Bay Arena.

Sumber:
Sports Bible

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN