Rusia 2018: Perdana Menteri UK ‘Tension’ Tonton Sepakan Penalti England

Perdana Menteri United Kingdon (UK), Theresa May (gambar bawah) berkata beliau berasa ‘tension’ sehingga tidak sanggup untuk menonton aksi England di kaca televisyen dalam penentuan sepakan penalti ketika menewaskan Colombia pada Rabu lalu.

Perdana Menteri UK tersebut berpendapat penentuan sepakan penalti terlampau terlalu tegang untuk beliau saksikan.

Sumber dari Downing Street berkata May menyaksikan hanya sebahagian daripada perlawanan tersebut, dan berkata:

(Photo by Alberto Pezzali/NurPhoto via Getty Images)

“Sebenarnya beliau memberitahu ianya sukar untuk mengikuti penentuan sepakan penalti kerana ia pasti akan mendebarkan.”

Namun demikian May turut memuji aksi dan keyakinan yang ditunjukkan oleh anak buah Gareth Southgate dalam perlawanan tersebut, dan beranggapan kemenangan melalui penentuan sepakan penalti sebagai jarang-jarang sekali berlaku.

England menyingkirkan cabaran Colombia 4-3 melalui penentuan sepakan penalti, selepas kedudukan 1-1 terus terikat selesai masa tambahan.

Kemenangan tersebut membawa skuad The Three Lions ke suku akhir, dan bakal berhadapan dengan Sweden pada Sabtu akan datang.

Dalam perkembangan lain, Jeremy Corbyn yang juga merupakan pemimpin Parti Buruh di UK mahukan satu hari cuti umum diberikan jika England berjaya mengulangi kejayaan pada 1966 di Rusia.

The England players and the Colombia players watch a penalty shootout at the end of extra time during the 2018 FIFA World Cup Russia round of 16 match between Columbia and England at the Spartak stadium on July 03, 2018 in Moscow, Russia(Photo by VI Images via Getty Images)

Seorang jurucakap parti berkata:

“Sudah tentu kita tidak mahu terlampau terbawa-bawa dengan kejayaan England yang baru layak ke suku akhir. Namun jika England berjaya menjuarai Piala Dunia, ia adalah wajar untuk memberikan cuti umum untuk membenarkan semua orang meraikannya.”

Jurucakap kepada Corbyn turut berkata cuti tersebut harus diberikan kepada seluruh pelusuk wilayah United Kingdom, dan bukan sahaja England.

“Piala Dunia adalah kejohanan antarabangsa yang sangat istimewa. Ia menyatukan semua pihak, dan kita perlu sedar akan kepentingan bola sepak kepada negara ini,” ujar beliau lagi.

MOSCOW, RUSSIA – JULY 03: England players celebrate when they win the penalty shoot out during the 2018 FIFA World Cup Russia Round of 16 match between Colombia and England at Spartak Stadium on July 3, 2018 in Moscow, Russia. (Photo by Ian MacNicol/Getty Images)

Cuti umum ketika sesebuah negara muncul juara mana-mana kejohanan sukan antarabangsa bukanlah perkara baru.

Dato’ Sri Najib Tun Razak turut memberikan cuti umum kepada rakyat Malaysia ketika Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki pada 2010.

Tun Dr. Mahathir Mohamad turut melakukan perkara yang sama selepas skuad kebangsaan menewaskan Singapura 3-1 di perlawanan akhir untuk membolot pingat emas Sukan SEA 1989.

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN