Tindakan ini pastinya tidak akan disenangi oleh ramai pihak terutamanya pencinta kucing.
Baru-baru ini, pemain West Ham United, Kurt Zouma telah melakukan tindakan melampau apabila bertindak ganas terhadap binatang.
Dalam hantaran di media sosialnya, pemain pertahanan itu telah menyeksa binatang peliharaannya dan ianya tidak disenangi oleh warganet.
“Dah mula dah”
Dalam rakaman tersebut, Zouma dilihat menendang kucing peliharaannya dengan begitu jitu ketika beliau bersama adiknya di dapur.
Adiknya yang merakam perbuatan terkutuk itu dengan tanpa segan silunya tergelak ketawa melihat perbuataan hina aBangnya itu.
Penyeksaan Zouma terhadap kucingnya itu tidak berakhir di situ, beliau kemudiannya melakukan tindakan yang lebih teruk selepas itu.
Zouma dilihat melempang kucingnya itu sambil digelakkan oleh adiknya.
Perbuatan terkutuk
Jelas sekali apa yang dilakukan oleh Zouma itu tidak diterima oleh pelbagai pihak termasuklah kelabnya.
West Ham dalam kenyataan mereka mengakui tidak dapat menerima tindakan terkutuk Zouma itu.
“Kami mengecam tindakan yang dilakukan oleh salah seorang pemain kami iaitu Kurt Zouma dalam sebuah video yang sedang berlegar di media sosial.”
“Kami sudah bercakap dengan pemain tersebut dan menyelesaikannya secara dalaman, tetapi kami ingin jelaskan yang kami amat mengecam sebarang tindakan kejam dilakukan terhadap binatang.”
Zouma kemudiannya membuat permohonan maaf diatas tindakan yang tidak bijak dari dirinya itu.
“Saya ingin memohon maaf diatas perbuatan saya. Tiada alasan untuk melindungi perbuatan saya yang amat dikesali itu.”
“Saya ingin juga memohon maaf kepada semua pihak yang marah dengan video tersebut. Saya ingin pastikan kepada semua yang dua ekor kucing saya itu berada dalam keadaan baik dan sihat.”
Perbuatan Zouma itu jelas sekali tidak boleh diterima oleh mana-mana pihak. Oleh itu, janganlah kita menyeksa binatang.