“Rasa Bertuah Pulang Ke Terengganu” – Tchetche Kipre Sedia Gegar Musim Ini

Penyerang import berbisa, Tchetche Kipre kini tampil bersedia untuk menyahut cabaran Liga Malaysia (Liga-M) yang bakal berlangsung tidak lama lagi selain positif gandingan dirinya bersama Kpah Sherman bakal memberi sengat di bahagian serangan buat Terengganu.

Ulas Kipre, dua musim bersama Kpah Sherman menjadikan diri beliau sangat serasi untuk beraksi bersama dan berkeyakinan tinggi mereka berdua mampu memberi lebih baik lagi pada musim ini berbanding tahun-tahun sebelum itu.

“Saya memang teruja apabila ketahui Sherman akan bersama di Terengganu, dia sememangnya seorang penyerang yang berkualiti tinggi dan sentiasa bijak mencari ruang dalam kawasan lawan.

“Harap persefahaman yang terjalin akan memberikan kesan positif buat Terengganu kerana kami sudah masak dengan corak permainan kami antara satu sama lain.

“Selain itu, tidak dilupakan Jordan Mintah (seorang lagi penyerang import Terengganu FC) yang saya rasakan sebagai satu persaingan sihat untuk pasukan kerana dia juga seorang penyerang yang bagus jika dilihat persembahan musim lalu, ” katanya menerusi Harian Metro.

Tambah Kipre, dirinya kini seperti ‘sirih pulang ke gagang’ apabila kembali menyertai Terengganu setelah kali terakhir bersama pasukan tersebut pada tahun 2019 sebelum menyertai Kedah selama dua musim.

Menurut penyerang berusia 35 tahun itu, setelah pengendali Terengganu, Nafuzi Zain menelefonnya, beliau tidak mengambil masa yang panjang untuk berfikir dan terus setuju menerima tawaran berkenaan kerana merasakan pasukan tersebut sudah menjdi sebahagian buat diri Kipre.

“Dalam bola sepak, memang sukar buat pemain kembali beraksi dengan pasukan sama dan sebelum saya bersama Terengganu semula, ramai peminat mengatakan amat sukar untuk bekas pemain-pemain kembali ke sini selepas keluar.

“Jadi saya rasa sangat bertuah kerana diberi kepercayaan sekali lagi untuk pulang ke Terengganu, tempat saya mulakan karier di Liga Malaysia selain banyak kenangan indah tercipta di sini, harap musim 2022 akan memberikan kenangan yang lebih bermakna.

“Terengganu umpama negeri kedua dan semasa berhijrah ke Kedah pada musim 2020, saya sebenarnya berpisah dengan cara baik dan tiada masalah untuk saya kembali ke sini,” katanya.

Kipre antara watak penting buat Terengganu untuk mara ke peringkat akhir Piala Malaysia 2018 dan menjadi penyerang utama pasukan berkenaan sebelum tewas di tangan Perak.

Ketika bersama Terengganu, penyerang dari Ivory Coast ini telah meledak 46 gol secara keseluruhan sejak menyertai skuad tersebut pada 2017 hingga 2018. Kipre menikmati musim gemilangnya pada tahun 2018 apabila berjaya meledak sebanyak 24 gol keseluruhan musim tersebut.

Selama dua musim bersama Kedah, Kipre turut menjadi kunci penting dalam serangan buat skuad ini apabila berjaya menghasilkan 18 gol keseluruhan dan berjaya membawa pasukan ini beraksi di pusingan kelayakan ACL 2020.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN