Chelsea akhirnya berjaya menandatangani semula Romelu Lukaku dari Inter Milan dengan yuran perpindahan dilaporkan bernilai £97.5 juta.
Pemain kebangsaan Belgium itu merupakan antara penyerang paling berprestasi dalam dunia bola sepak hari ini dan tentunya beliau diharapkan akan mampu untuk mengekalkan tahap persembahan yang sama di Stamford Bridge.
Thomas Tuchel sangat berharap agar Lukaku bakal membantu skuadnya untuk mempertahankan gelaran Champions League musim hadapan, seterusnya mencabar kedudukan liga dalam saingan Premier League.
Seven years later.
Romelu Lukaku returns to Chelsea 🔵 pic.twitter.com/PpYbY1Kc1m
— B/R Football (@brfootball) August 12, 2021
Bekas penyerang Inter Milan itu sebelum ini pernah beraksi di Stamford Bridge bersama Chelsea, namun kariernya ketika itu tidak begitu memberangsangkan.
Beliau sukar untuk memberikan impak seperti yang diharapkan dan sukar untuk mendapatkan rentak persembahan terbaiknya pada ketika itu.
Beliau ditandatangani pada tahun 2011 dengan yuran perpindahan bernilai £10 juta (£17 juta dicampur bonus) dan beliau hanya sempat membuat 10 penampilan sahaja dalam saingan Premier League bersama Chelsea.
Back in blue. ✍️#LukWhosBack
— Chelsea FC (@ChelseaFC) August 12, 2021
Lukaku kemudiannya telah dipinjamkan ke West Bromwich Albion pada musim 2012/13 sebelum dipinjamkan ke Everton pada musim berikutnya.
Chelsea kemudiannya menjual bintang Belgium itu kepada Everton dengan yuran perpindahan bernilai £28 juta, dengan beliau dianggap pemain terpenting The Toffees pada ketika itu.
Beliau kemudiannya sempat beraksi bersama Manchester United namun Lukaku tidak berjaya mendapatkan rentak persembahan terbaiknya di Old Trafford.
Selepas beraksi bersama Inter Milan, Lukaku berjaya mendapatkan semula rentak persembahan terbaiknya dan beliau turut mengumumkan dirinya pada dunia sebagai salah seorang penyerang terhebat dunia.
Let's do this. 👊 #LukWhosBack https://t.co/hVeLZdP4IJ
— Chelsea FC (@ChelseaFC) August 12, 2021
Romelu Lukaku dijangka akan berjaya memberikan impak yang positif di Stamford Bridge selepas ini dan ramai yang percaya beliau akan bersinar dibawah kendalian Thomas Tuchel.
Welcome home, @RomeluLukaku9. 💙#LukWhosBack pic.twitter.com/P43CAIVqfU
— Chelsea FC (@ChelseaFC) August 12, 2021
Dilepaskan oleh Chelsea dengan yuran perpindahan bernilai £28 juta pada tahun 2014, Romelu Lukaku kembali ke Chelsea sebagai bintang sensasi dengan yuran perpindahan memecah rekod.
Beliau tentunya akan sedaya upaya berusaha untuk membuktikan yang nilai mega yang Chelsea bayar untuk dapatkannya adalah sangat berbaloi.
Lukaku turut dianggap bakal menjadi jelmaan semula Didier Drogba oleh para penyokong Chelsea dan beliau juga dikatakan telah mengisi satu-satunya kekurangan yang ada dalam skuad ajaib Thomas Tuchel.
1️⃣5️⃣ Games
0️⃣ Goals
Lukaku's Chelsea 0 has got to go 👀 pic.twitter.com/gpZCPyjvzY
— GOAL (@goal) August 12, 2021
Chelsea pada ketika ini tidak dinafikan mengalami masalah ketiadaan penyerang klinikal dengan Timo Werner gagal untuk mendapatkan semula sentuhan tajamnya seperti yang dipamerkan ketika beraksi bersama RB Leipzig sebelum ini.
Kehadiran Lukaku jelas sekali bakal menyelesaikan masalah tersebut dan beliau dijangka akan menjadi pelengkap kepada skuad Chelsea yang sungguh luar biasa menakjubkan pada ketika ini.
The Blues sebelum memilih untuk menandatangani Lukaku, mereka berusaha untuk menandatangani Erling Haaland dari Borussia Dortmund.
𝗕𝗥𝗘𝗔𝗞𝗜𝗡𝗚: Chelsea break club transfer record to re-sign Romelu Lukaku from Inter Milan for £97.5m
— Sky Sports News (@SkySportsNews) August 12, 2021
Juara saingan Champions League musim lalu itu, dilaporkan sanggup mengeluarkan dana bernilai £175 juta untuk mendapatkan penyerang muda Norway itu, namun kerana Dortmund tidak mahu melepaskan penyerang utama mereka itu, maka Chelsea terus berusaha untuk mendapatkan Lukaku.
Dibeli dengan nilai £10 juta, kemudian dijual semula dengan nilai £28 juta, Lukaku kembali ke Stamford Bridge dengan nilai £97 juta dan bakal memikul beban yang lebih berat selepas ini.
Romelu Lukaku is 20th in the Premier League's all-time top scorers list with 113 goals.
He's Everton's all-time Premier League top scorer with 68 goals.
He's scored 30+ goals across all competitions in his only two seasons with Inter.
Now he's returning back to Chelsea. pic.twitter.com/00TQb4DMX2
— Squawka (@Squawka) August 12, 2021
Para peminat tentunya berharap beliau akan mampu untuk mengekalkan tahap persembahan terbaiknya seperti yang dipamerkan olehnya pada musim lalu bersama Inter Milan dan skuad kebangsaan Belgium.