Football League Association Mahu Ajar Pemain Biadap!

Lebih Banyak Kad Selepas Ini?

Badan yang bertanggungjawab menyelia liga Inggeris iaitu Football League Association telah memutuskan peraturan baru yang berkaitan dengan sikap pemain di dalam padang yang tertakluk di bawah akta ‘intolerable behaviour’.

Peraturan baru ini akan membolehkan pengadil memberikan kad merah kepada mana mana pemain yang bertindak agresif secara verbal atau fizikal ke atas pegawai perlawanan. Lantas memungkinkan akan lebih ramai pemain yang akan digantung selepas ini.

Costa-lineseman_3570972b

Kad kuning boleh dilayangkan kepada mana mana pemain yang menunjukkan rasa tidak puas hati ke atas keputusan pengadil.

Jika para pemain mengerumuni pengadil lebih daripada 2 pemain kerana tidak berpuas hati dengan keputusan pengdil. Pengadil boleh memilih mana mana pemain dalam kelompok tersebut untuk dilayangkan kad kuning.

premier-league-rules-referee-yellow-red-cards-1469018254-800

Setidak-tidaknya seorang akan dilayangkan kad kuning untuk situasi seperti ini. Pihak Football League Association juga membidas sikap pegawai pegawai pasukan yang dilabel mereka semakin melampaui batas sejak akhir-akhir ini.

Lebih Tegas Dari Sebelum Ini !

Lantas, penguatkuasaan lebih tegas akan dikenakan ke atas mereka selepas ini. Itu amaran daripada pihak Football League Association.

Pada musim lalu, pasukan yang paling banyak dilayangkan kad kuning kerana membantah keputusan pengadil adalah West Bromwich Albion dengan 9 kad kuning terkumpul.

le

Disiplin Pemain Semakin Membimbangkan

“Kami dan pihak kelab telah berbincang. Kami ada kebimbangan ke atas berberapa unsur dan tingkah laku tertentu oleh para pemain yang melampaui batas.”
 
“Atas pandangan kolektif kami mendapati berberapa tingkah laku tersebut tidak boleh diterima lagi, “kata Ketua Eksekutif Liga Perdana, Richard Scudamore (gambar di bawah).



Apakah Kesalahan-Kesalahan Yang Tertakluk Di Bawah Peraturan Ini?

Menurut peraturan baru ini, kesalahan-kesalahan tingkah laku yang boleh mendapat kad kuning kini termasuk:

  • Mana mana gerak laku (gesture) yang menunjukkan mereka tidak menghormati mana-mana pegawai perlawanan
  • Tindak balas agresif kepada keputusan pegawai perlawanan
  • Konfrontasi secara bersemuka (face to face) dengan pegawai perlawanan
  • Berlari ke arah mana mana pegawai perlawanan untuk mencabar atau membantah keputusan pengadilan
  • Kontak  fizikal ke atas mana-mana pegawai perlawanan dengan cara yang tidak agresif
  • Dua atau lebih pemain mengerumuni seorang pegawai perlawanan (sekurang-kurangnya satu kad kuning akan dilayangkan)

Kad merah pula akan dilayangkan apabila:

  • Pemain-pemain menyerang pegawai perlawanan dengan menggunakan bahasa kesat atau gerak isyarat(gesture) yang menyinggung perasaan, menghina.
  • Pemain menggunakan kontak fizikal yang agresif ke atas mana mana pegawai-pegawai perlawanan

Memang diakui, ada sesetengah keputusan pengadil silap, namun ia bukan alasan untuk mereka menerima ancaman yang ofensif.

Sebelum ini, Football League Association memang tidak melarang pengadil melayangkan kad kepada pemain pemain dan pegawai yang biadap, namun ia bukan mandatori seperti yang akan dilaksanakan selepas ini.

jamie_vardy-large_trans++qVzuuqpFlyLIwiB6NTmJwfSVWeZ_vEN7c6bHu2jJnT8

Penguatkuasaan ini akan menyaksikan kes kes tersebut tidak akan dilayan untuk rayuan sekiranya memang perilaku yang ofensif ke atas pegawai perlawanan.

Ia sekaligus meletakkan pengadil di tahap yang lebih dihormati di atas padang. Jadi, apakah pandangan anda tentang peraturan ini? Adakah ia relevan? Bagaimana jika ia dikuatkuasakan di negara kita?

Baca juga: 10 Perubahan Buku Peraturan FIFA Yang Perlu Anda Tahu

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN