Perak TBG Perkenalkan Jersi Baharu Bagi Harungi Liga Malaysia 2018

Perak

Sambutan hangat diberikan oleh para peminat pasukan Perak The Bos Gaurus pada majlis pelancaran jersi pasukan yang diadakan di Bulatan Amanjaya, Ipoh malam tadi.

Hampir 5,000 orang penyokong tidak ketinggalan untuk menyaksikan dengan lebih dekat para pemain serta jersi baharu pasukan yang bakal membuat penampilan ke-15 dalam saingan Liga Super sejak mula dipertandingkan pada tahun 2004 itu.

Majlis yang pertama kali diadakan di Bulatan Amanjaya itu diserikan lagi dengan kehadiran Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abdul Kadir bagi menyempurnakan majlis tersebut.

Jersi ‘Home’

Bagi jersi musim 2018, Perak masih mengekalkan warna tradisi iaitu kuning pada jersi ‘home’ mereka. Namun terdapat kelainan bagi jersi ‘away’ apabila warna merah menjadi pilihan.

Sejak ditaja Al Ikhsan bermula tahun 2015, Pasukan ‘yob’ ini telah menggunakan warna putih pada jersi ‘away’ bagi musim 2016 dan 2017. Pada tahun 2015, mereka telah memilih warna hitam.

Jersi ‘Away’

Majlis pelancaran itu juga turut memperkenalkan pasukan-pasukan lain yang berada di bawah kendalian Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) seperti skuad Piala Belia, Piala Presiden dan Pasukan Futsal yang akan menghadapi Liga Futsal Kebangsaan pada Februari nanti.

Skuad The Bos Gaurus sudah melengkapkan senarai para pemain bagi menghadapi musim baru Liga Malaysia setelah membariskan pemain import kuota Asia iaitu pemain pertahanan yang merupakan bekas ketua pasukan Western Sydney Wanderers, Robert Cornthwaite sebagai pemain import terakhir yang diikat mereka.

Corthwaite bukanlah asing dalam kancah bola sepak tanah air apabila beliau merupakan salah seorang daripada pemain yang membantu Selangor menjuarai Piala Malaysia kali ke-33 pada tahun 2015 yang ketika itu dibimbing  Mehmet Durakovic.

Beliau akan bersama-sama Gilmar Jose Da Silva Filho, Leandro Dos Santos Oliveira, Wander Luiz Bitencourt Junior dan Misagh Medina Bahadoran bagi bergandingan dengan pemain tempatan untuk merealisasikan impian sekurang-kurangnya satu piala buat skuad Kejor Yob Skor musim ini.

Para penyokong Perak tidak melepaskan peluang untuk membeli jersi baharu pasukan pada majlis semalam. Foto: Perak TBG

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN