Edinson Cavani Pegang Rekod Selaku Penjaring Terbanyak Sepanjang Zaman Buat Paris Saint-Germain

Edinson Cavani

Penyerang antarabangsa Uruguay, Edinson Cavani berjaya meletakkan nama beliau selaku penjaring terbanyak sepanjang zaman buat Paris Saint-Germain (PSG) selepas mencipta satu jaringan pada perlawanan bertemu Montpellier semalam.

Gol pada minit ke-11 tersebut merupakan koleksi jaringan ke-157 buat Cavani dalam semua pertandingan sepanjang pembabitan beliau bersama PSG bagi memadamkan rekod lama yang dipegang Zlatan Ibrahimovic dengan 156 gol.

Cavani yang dengan mudah menolak masuk hantaran lintang dilakukan Adrien Rabiot, meraikan jaringan bersejarah tersebut dengan membaling jersi beliau kearah penyokong PSG.

Malangnya, penyokong yang berjaya mendapatkan jersi milik Edinson Cavani itu enggan untuk memberikan semula jersi tersebut.

Keadaan itu memaksa kitman pasukan memberikan jersi baharu kepada Cavani untuk meneruskan aksi yang baru sahaja berlangsung selama 11 minit dan beliau kemudiannya dilayangkan kad kuning oleh pengadil, Frank Schneider akibat perlakuannya membuka jersi.

Penyerang berbisa yang berusia 30 tahun itu menyertai PSG daripada Napoli pada bulan Julai 2013 dengan perpindahan yang bernilai hampir €64 juta.

Dengan baki saingan musim 2017/18 yang masih panjang, rekod yang dicipta Cavani ini pasti akan semakin dapat dijarakkan tatkala beliau masih lagi menjadi pilihan utama Unai Emery untuk mengetuai jentera serangan pasukan.

Mengikut rekod 10 penjaring terbanyak buat PSG, hanya Cavani, Ibrahimovic dan Guillaume Hoarau (56 gol) yang masih aktif beraksi ketika ini.

Ibrahimovic kini sedang bersama Manchester United manakala Hoarau, 33 tahun, beraksi untuk BSC Young Boys.

Senarai 10 penjaring terbanyak sepanjang zaman buat PSG. Foto: Goal

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN