Perak Miliki Peluang Cipta Kejutan Untuk Atasi JDT?

Perak bakal memulakan aksi separuh akhir pertama mereka bagi saingan Piala Malaysia 2023 dengan membuat perhitungan seterusnya berdepan gergasi bola sepak Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Atas kertas, segalanya berpihak kepada JDT jika dilihat daripada segi kekuatan semasa serta pengalaman para pemain antara kedua pasukan menerusi perjalanan mereka dalam saingan Liga Malaysia (Liga M).

Menerusi pertemuan kedua pasukan tersebut sebanyak dua kali musim ini, jelas segalanya memihak kepada JDT dengan meraih kemenangan berturut-turut baik di laman sendiri atau di gelanggang lawan.

Perak yang rata-ratanya ditunjangi pemain muda musim ini, pada awalnya tidak memberi keputusan positif dalam persaingan liga sehingga mendapat kritikan keras daripada segelintir penyokong mereka.

Beberapa perubahan telah dibuat pasukan tersebut, termasuk menaikkan kembali Yusri Che Lah selaku jurulatih utama bagi memperbaiki segala kelemahan awal musim.

Hasilnya, corak permainan Perak selepas itu tampil dengan lebih menyakinkan dalam persaingan liga dan kini mereka juga menjadi pasukan berjaya mencipta kejutan untuk mara ke separuh akhir Piala Malaysia 2023.

Malah, kemasukan pemain import seperti Luka Milunovic serta Jesper Nyholm juga memberi impak cukup baik buat pasukan tersebut daripada segi keseimbangan posisi serangan dan pertahanan.

Beberapa pemain tempatan seperti Wan Zack Haikal, Firdaus Saiyadi, Shaheeswaran juga semakin memberi impak positif dalam kalangan penyokong menerusi prestasi mereka.

Beberapa keputusan lalu seperti siri kejayaan mereka menumpaskan Kedah Darul aman (Kedah) serta Sabah juga menjadikan Perak kini bukan sebagai sebuah pasukan perlu dipandang ringan oleh JDT.

Pastinya JDT kini bakal tampil dengan lebih berwaspada untuk berdepan Perak, kerana mereka juga akan beraksi di gelanggang lawan malam ini sambil dikelilingi sorakan padu penyokong tuan rumah.

Peluang untuk Perak mencipta kejutan itu tetap ada dengan melihat kepada situasi semasa pasukan tersebut bawah kendalian Yusri yang kini sangat positif.

Esteban Solari juga dijangka mungkin akan merehatkan seketika beberapa pemain utama beliau yang baru selesai menjalani tugasan bersama Harimau Malaya seperti Corbin Ong, Matthew Davies, serta Arif Aiman bagi berdepan cabaran Perak.

Walaupun begitu, pasukan tersebut masih lagi dianggap sangat kuat kerana mereka memiliki ramai pemain handalan lain seperti Heberty, Bergson da Silva, serta kepulangan semula Fernando Forestieri daripada siri kecederaan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN