Perak Menang Besar Ke Atas Sabah, Norhakim Hassan Terlibat Dalam 4 Gol

Perak menerima kunjungan pasukan Sabah dalam aksi separuh akhir pertama di antara kedua-dua pasukan.

Stadium Perak dibanjiri puluhan ribu penyokong pasukan Perak. Perak memberikan aksi 5 bintang untuk menang selesa 5-0 ke atas Sabah. Sekaligus meletakkan mereka sebelah kaki di final Piala Malaysia 2018.

Norhakim Hassan menjadi bintang utama dalam perlawanan semalam. Beliau terlibat secara langsung dalam 4 gol Perak. Di mana Norhakim Hassan menjaringkan 1 gol dan mencipta 3 gol untuk rakannya.

Perak mendahului menerusi Norhakim Hassan pada minit ke-17. Sebelum rehat beliau mencipta bantuan gol untuk Wander Luiz yang juga beraksi dalam prestasi terbaik.

Ketika perlawanan kelihatan bakal berakhir dengan 2 gol, Gilmar menjaringkan gol ke-3 pada minit ke-73. Dan tak lama kemudian Firdaus Saiyadi meletakkan Perak 4 gol di hadapan.

Perak menambah derita Sabah dengan gol ke-5 menerusi Leandro. Beliau menyempurnakan sepakan penalti.

Sabah jelas berhadapan dengan cabaran sangat sukar untuk mara. Ianya memerlukan keajaiban untuk mereka mara ke final. Barisan serangan Sabah agak tumpul.

Perak jelas pasukan yang sangat bertenaga dan agresif di bahagian tengah.

Sebagai rekod, kali terakhir Perak mara ke final Piala Malaysia adalah pada 2007.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN