Arsenal Naik Ke Tangga Ke-4 Selepas Belasah Fulham

Arsenal berpesta gol ke atas lawan mereka Fulham, dalam pertemuan 2 kelab London.

Lacazette meletakkan Arsenal di hadapan pada minit ke-29. Namun Schurrle menyamakan kedudukan sebelum rehat.

Lacazette meneruskan rentak cemerlang beliau dengan meletakkan Arsenal di hadapan sekali lagi minit ke-49. Kemasukan Ramsey menambah 1 lagi gol. Manakala Aubameyang menambah 2 lagi gol.

Tamat perlawanan Arsenal meraikan kemenangan besar 1-5 ke atas Fulham di tempat lawan.

https://twitter.com/MundoGunner/status/1049033321634844673

Gandingan Lacazette dan Aubameyang musim ini sangat berbisa. Mereka menjadi kegerunan kepada lawan.

Unai Emery juga memuji aksi Ramsey yang dianggap beliau pemain penting dalam pasukan.

Ramsey masih belum menandatangani kontrak baharu dengan pasukan Arsenal. Ada laporan sebelum ini menyatakan beliau sudah menolak tawaran sebelum ini.

Namun Arsenal akan berusaha menawarkan pakej baharu untuk memastikan pemain itu kekal bersama mereka.

Ini adalah kemenangan ke-6 berturut-turut Arsenal dalam liga dan ke-9 berturut-turut dalam kesemua pertandingan.

Mereka kini berada di tangga ke-4 dengan berkongsi mata dengan seteru utama mereka Tottenham Hotspur.

Arsenal juga hanya dibezakan hanya 2 mata dengan Liverpool, Chelsea dan Man. City yang berkongsi 20 mata.

Ini selepas Chelsea menang 3-0 ke atas Southampton. Manakala Liverpool dan Man. City seri tanpa jaringan di Anfield.

Arsenal jelas dalam proses transisi yang sangat baik selepas tewas 2 perlawanan awal di EPL.

Penyokong-penyokong Arsenal melaungkan chant “we’ve got our Arsenal back.”

Pengurus Fulham Slavisa Jokanovic jelas kecewa dengan anak-anak buahnya yang melakukan terlalu banyak kesilapan individu ketika bertahan.

Unai Emery pula kagum dengan semangat dan mentaliti para pemain beliau yang menjadi asas kemenangan mereka dalam perlawanan ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN