SCL2018: Klang Southern FC ‘Jinakkan’ Paya Jaras Hiliran FC 4-1 Bagi Terajui Kumpulan A

Klang Southern FC

Klang Southern FC bangkit dari ketinggalan satu gol untuk merakamkan kemenangan 4-1 bertemu Paja Jaras Hiliran (PJH FC) dalam saingan kumpulan A Selangor Champions League 2018 di Arena MPSJ, sebentar tadi.

Mohd Ikram Yahya bagaimanapun mengejutkan Klang Southern FC pada minit keenam selepas pemain berusia 32 tahun itu meledakkan sepakan percuma cantik yang terus menerjah gawang.

Tersentak dengan jaringan awal tersebut, Klang Southern FC memperkemaskan aksi dan mendominasi permainan.

Usaha mereka hampir menemui hasil positif pada minit ke-16 selepas hantaran lintang yang dilakukan Tneh Khai Chy disambar Charles Cheng Kuan Ming.

Namun, tandukan cantik tersebut berjaya dinafikan penjaga gol PJH FC, Mohd Razif untuk menyelamatkan gawangnya dari dibolosi.

Shahrul Afif Shaharuddin kembali menyamakan kedudukan pada minit ke-20 selepas beliau mendapat lorongan menarik dari  Kizito Somadina untuk melepaskan rembatan yang membolosi Razif walaupun penjaga gol PJH FC cuba untuk pada mulanya berjaya menepis sepakan tersebut.

Berselang enam minit kemudian, Kizito pula meletakkan nama selaku penjaring apabila berjaya melepaskan diri dari perangkap ofsaid yang sekaligus menggelecek Razif untuk menambah gol kedua buat Klang Southern FC.

Ketika aksi babak pertama menuju penghujung, Charles Cheng Kuan menjadikan kedudukan 3-1 selepas beliau berjaya menyempurnakan percubaan susulan akibat kegagalan Razif untuk menangkap kemas rembatan dilakukan How Eng Hua.

Ikram terlepas peluang untuk kembali merapatkan kedudukan setelah tandukan yang dilakukannya sekadar terkena tiang gol.

Shahrul Afif melengkapkan kemenangan 4-1 buat Klang Southern FC selepas berjaya menyempurnakan peluang berikutan situasi kelam-kabut di hadapan gol PJH FC.

Dengan kemenangan ini meletakkan Klang Southern FC di tangga pertama kumpulan A dengan mencatatkan tujuh mata. Berkongsi mata dengan ABMK tetapi mereka berkelebihan perbezaan jaringan.

Pemain terbaik perlawanan: Shahrul Afif Shaharuddin (Klang Southern FC)

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN