Perak Hadapi Misi Sukar Untuk Berdepan Cabaran JDT Di SSI

Perak dijangka bakal menghadapi aksi sukar pada perlawanan malam ini bagi saingan separuh akhir kedua Piala Malaysia 2023 bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim (SSI).

Terdahulu, skuad kendalian Yusri Che Lah mencatat kekalahan besar 1-4 di tangan JDT bagi aksi separuh akhir pertama yang berlangsung di Ipoh dan ini menjadi suatu laluan sukar bakal dihadapi mereka bagi aksi seterusnya.

Empat gol JDT terhasil ketika itu menerusi Oscar Arribas, Arif Aiman Hanapi, Shahrul Saad, serta Nazmi Faiz Mansor membuktikan pasukan tersebut serba tajam di segenap posisi.

Walaupun begitu, Perak juga berjaya memberi tentangan sengit sebenarnya di separuh masa kedua melalui jaringan tunggal daripada pemain tengah kreatif mereka iaitu Luciano Guaycochea sebagai bekalan di SSI.

Menerusi perlawanan tersebut, sudah tentu Yusri menyedari bagaimana bahaya bakal dihadapi beliau untuk cuba mengatasi pasukan lawan yang serba lengkap di setiap posisi jika dibandingkan Perak.

Apatah lagi, Perak juga tidak boleh bermain secara bertahan kerana mereka turut memerlukan gol jika mempunyai impian untuk beraksi di pentas final.

Berkelebihan di laman sendiri, JDT sudah tentu tidak akan sesekali mengamalkan corak permainan bertahan dengan skuad kendalian Esteban Solari cukup dikenali daripada segi penguasaan bola serta ketajaman di hadapan gol.

Pemain seperti Bergson da Silva, Arif Aiman, Heberty Fernandes, Fernando Forestieri, serta beberapa lagi tonggak lain dijangka bakal menjadi pertaruhan utama Solari untuk terus memberi ancaman ke arah gawang pelawat.

Malah, tindakan pengendali tersebut merehatkan ramai bintang utama mereka ketika aksi Liga Super lalu menentang Kelantan United dianggap berjaya kerana mampu untuk memberi ruang buat tonggak-tonggak tersebut berehat lebih lama.

Sebaliknya Perak pula telah menurunkan kesebelasan terbaik mereka ketika aksi menentang Kelantan lalu, dan hanya mempunyai masa beberapa hari untuk tempoh pemulihan sebelum aksi kedua Piala Malaysia ini.

Untuk aksi bertemu JDT ini, sudah tentu Yusri akan terus menggunakan kesebelasan utama terbaik beliau seperti Luciano, Luka Milunovic, Seo Seonung, Wan Zack Haikal, serta beberapa lagi pemain lain.

Malah kelibat Luka pastinya akan menjadi tumpuan penting buat JDT kerana penyerang Serbia ini telah pun meledak jaringan hatrik dan berada pada momentum terbaik untuk membuktikan ketajaman beliau.

Apapun, diharap perlawanan malam ini akan berjalan lancar dan memberi keterujaan buat kedua penyokong menerusi aksi-aksi menarik dipamerkan para pemain di atas padang.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN