Perak Berpeluang Besar Cipta Kejutan Ke Separuh Akhir Atasi Sabah

Saingan suku akhir kedua Piala Malaysia 2023 terus bersambung dengan Perak menjadi pasukan paling mencuri tumpuan ketika ini bagi mencipta kejutan mara ke peringkat seterusnya.

Musim ini, Perak menjadi antara pasukan yang bermula dengan sangat tidak konsisten dalam persaingan Liga Malaysia (Liga M), selepas beberapa rombakan dibuat dengan turut membabitkan kejurulatihan.

Sekembalinya Yusri Che Lah di kerusi kejurulatihan utama serta kemasukan beberapa pemain import baharu, Perak kini tampil dengan lebih baik serta turut mencipta beberapa kejutan mengatasi pasukan pilihan.

Malah, Perak juga berjaya memastikan mereka ke saingan suku akhir Piala Malaysia selepas pasukan tersebut berjaya menundukkan kelab lebih kuat iaitu Kedah Darul Aman (Kedah).

Selain itu, Perak juga hampir mencipta kemenangan pada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia lalu, ketika mereka terikat seri 2-2 bersama Sabah dalam aksi berlangsung di Stadium Likas.

Pastinya aksi kali ini dijangka lebih sengit, kerana kedua pasukan masih terbuka untuk memburu slot ke separuh akhir Piala Malaysia dengan segalanya bakal dinoktahkan di Ipoh.

Namun begitu, Perak dilihat lebih memiliki peluang untuk tampil memenangi perlawanan ini kerana berkelebihan beraksi di halaman sendiri berbanding pelawat.

Dengan suntikan motivasi daripada para penyokong, pastinya Perak ingin menggunakan kelebihan tersebut untuk cuba menghadirkan keputusan positif ketika berdepan Sabah.

Atas kertas, peluang dilihat lebih kepada Sabah yang jelas memiliki barisan pemain lebih berpengalaman serta momentum semasa mereka juga positif setelah mencatat kemenangan sulung pada aksi pertama Piala AFC baru-baru ini.

Namun, Perak juga masih lagi memiliki kelebihan daripada segi tempoh berehat para pemain yang lebih baik berbanding Sabah untuk memberi peluang buat mereka lebih cergas mengharungi aksi ini.

Jangkaan aksi malam ini, berkemungkinan tuan rumah bakal menurunkan kesebelasan utama terbaik mereka tanpa sebarang masalah untuk menghadapi cabaran Sabah.

Manakala Sabah pula mungkin ada beberapa perubahan dalam senarai pemain dilakukan kerana mereka masih lagi baru menghadapi saingan AFC beberapa hari lalu.

Apapun, ianya terserah kepada Datuk Ong Kim Swee untuk mengatur barisan pemain yang bersesuaian kerana aksi ini juga dianggap sangat getir jika Sabah impi untuk mara lebih jauh pada saingan Piala Malaysia 2023.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN