Perak Akan Beraksi Tanpa Penyokong Pada Perlawanan Menentang PKNS FC

Pasukan Perak menerima hukuman oleh pihak Football Malaysia (FMLLP) menjelang aksi perlawanan unifi Liga Super Malaysia menentang PKNS FC.

Keputusan itu dibuat hasil dari mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib FAM yang diadakan pada 20 Disember 2017.

Hasil dari mesyuarat itu akan menyaksikan Perak bakal beraksi tanpa kehadiran penyokong untuk perlawanan menentang PKNS FC.

Perlawanan menentang pasukan dari Selangor itu merupakan perlawanan pertama Perak musim ini di laman sendiri.

Sementara itu, pihak FMLLP juga telah memberikan lampu hijau kepada Perak untuk melangsungkan perlawanan di tempat mereka sendiri pada waktu malam.

Hal ini kerana, setelah pemeriksaan dilakukan Stadium TLDM yang terletak di Lumut, tahap pencahayaan lampu limpah telah menepati tahap piawaian yang ditetapkan FMLLP.

Tahap yang ditetapkan adalah 1,200 lux.

Perak dihukum beraksi tanpa penyokong selepas insiden yang berlaku melibatkan penyokong Perak dan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang berlaku pada tahun lalu di Stadium Perak.

Sementara Stadium TLDM di Lumut dijadikan gelanggang utama Perak selepas Stadium Perak di Ipoh ditutup buat sementara waktu bagi kerja-kerja penambahbaikan stadium.

Kerja penambahbaikan Stadium Perak itu dilakukan bersempena temasya Sukan Malaysia (SUKMA) yang akan dilangsungkan di Perak tidak lama lagi.

Perak kini ditangga ke-3 unifi Liga Super Malaysia, mengumpul 4 mata dari 2 perlawanan setakat ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN