Analisis Taktikal MSL 2018: Perak Lebih Efektif Bagi Jelmakan Kemenangan

Perak

Pada perlawanan bertemu Perak malam tadi, Kedah turun dgn formasi asas 4-3-3. Ini adalah kali pertama Kedah bermain dgn formasi ini sejak tahun 2015 kerana mereka kebiasaannya bermain dgn formasi 4-2-3-1, 4-4-2 atau 4-4-1-1.

Anak buah Mehmet Durakovic pula beraksi dengan formasi 4-4-2 yang menyaksikan penyerang kembar Gilmar lebih banyak bertindak sebagai ‘targetman’ manakala Wander Luiz  bergerak sebagai penghubung antara bahagian tengah dan serangan.

Di awal permainan Kedah seperti kebiasaan yang kita dapat lihat apabila akan mendominasi penguasaan bola dan membina serangan dari bawah. 20 minit pertama penguasaan bola agak seimbang bagi kedua-dua pasukan tetapi Perak lebih berbahaya dengan sesekali melakukan serangan balas pantas ke kawasan Kedah.

Kedah tidak menekan

Tugas pertahanan pasukan Perak menjadi mudah kerana barisan serangan dan tengah Kedah tidak menekan pertahanan mereka. 3 penyerang Kedah tidak aktif menekan pemain yg memegang bola sebaliknya lebih selesa untuk menunggu di kawasan tengah padang.

Apabila bahagian serangan dan tengah berada di blok rendah, pertahanan Kedah juga turun ke blok paling rendah iaitu sekitar kawasan kotak penalti sendiri. Ini yang memberi motivasi untuk pemain Perak mara lebih tinggi dengan Gilmar sentiasa berlegar-legar di garisan pertahanan Kedah.

Gol pertama Perak adalah contoh dimana satu hantaran dari kawasan Perak terus sampai kepada Gilmar.

Pertahanan Kedah tidak menekan ketika Gilmar bergerak untuk menerima bola sebaliknya menunggu hingga bola dikawal oleh Gilmar sebelum melakukan tekanan.

Dengan kelebihan fizikal yang kuat agak mudah buat Gilmar bagi melepasi pertahanan dan melakukan rembatan cantik menewaskan penjaga gol.

Kedah reaktif

Reaktif yang dimaksudkan adalah mereka kerap untuk gagal membaca gerakan berbahaya dan bertindak hanya apabila keadaan telah menjadi bahaya sepertimana contoh gol pertama tadi.

Satu lagi contoh adalah apabila Kedah melepaskan gol kedua, jurulatih melakukan pertukaran segera dengan mengeluarkan pemain pertahanan (Rizal Ghazali) dengan memasukkan pemain serangan.

Sedangkan ketikan itu Kedah sebenarnya sedang mengawal permainan dan gol kedua itu terhasil kerana kelemahan mereka dalam bertahan ketika set-piece dan hantaran lintang.

Hasilnya gol ketiga Perak terhasil dengan situasi 3 v 1 ketika Kedah terlalu fokus mencari gol penyamaan.

‘Set-piece’ dan hantaran lintang juga adalah kelemahan ketara. Tiada pemain yang aktif menyerang bola sebelum sampai ke kawasan bahaya atau kepada pemain lawan.

Pemain-pemain juga secara individu terlalu reaktif dan emosi dengan provokasi yang dilakukan pasukan lawan hingga Liriodon menerima kad merah dan 5 pemain lain mengutip kad kuning.

Pasukan kejurulatihan perlu melakukan sesuatu terhadap sikap ini kerana ia berkait dgn mentaliti dan motivasi pemain.

Kelancaran bola tersekat

Dari sudut taktikal, Kedah tidak mempamerkan permainan yang kemas. ‘Free flowing football’ yang menjadi asas permainan sejak 2 tahun lepas tidak dijelmakan dalam perlawanan semalam sama seperti perlawanan pertama liga.

Sistem dan pergerakan pemain adalah baik tetapi pemain-pemain tidak mampu melakukan hantaran dengan baik. Banyak ‘heavy first touch’ yang menyebabkan Kedah hilang penguasaan bola.

Perak efektif

Perak adalah pasukan yang lebih baik dari segi taktikal dan teknikal. Pemain seperti Gilmar, Leandro Dos Santos, Nor Hakim Hassan dan Misagh Bahadoran benar-benar melakukan kerja mereka mengikut arahan taktikal.

Mereka sangat bersedia dalam apa jua situasi permainan dan kekal dengan disiplin itu hingga tamat permainan. Rangkaian pemain tengah sangat aktif menutup ruang hantaran dan memberi tekanan kepada pemain Kedah yang menerima bola.

Perak lebih mengamalkan taktikal serangan balas berbanding membina serangan dari bawah dan ianya berkesan kerana pasukan Kedah kerap terperangkap dengan Gilmar dan Wander yang mudah lolos akibat kurangnya tekanan dari bahagian tengah dan pertahanan.

Brendan Gan dan Leandro memainkan peranan merosakkan gerakan pasukan Kedah dan memberi sokongan kepada dua penyerang untuk menekan pertahanan Kedah. Mereka bermain secara ‘direct’ dan berkesan.

Aspek positif

Kedah harus berterima kasih kepada Akhyar Rashid yang banyak melakukan gerakan mencari sepakan percuma menerusi kelincahan beliau.

Namun pemain ini perlu meningkatkan kualiti dalam melakukan hantaran akhir. Dia juga harus berhati-hati kerana gemar mengajak pemain lawan untuk melakukan bentesan yang mana boleh mendatangkan kecederaan.

Perak boleh dikatakan pasukan yang lengkap dan mampu mencabar kejuaraan liga jika kekal dengan disiplin sebegini.

Pemain yang masuk dari bangku simpanan juga mempunyai kualiti setanding kesebelasan utama. Permainan mereka juga menarik dengan bahagian tengah mampu menyimpan bola dengan baik.

Pemain terbaik perlawanan

Saya memilih Gilmar sebagai pemain terbaik. Beliau tidak mengalah walaupun beberapa kali terperangkap offside sebelum menjaringkan gol pertama.

Gilmar juga rajin turun ke bawah membantu pasukan bertahan dan memberi semangat kepada rakan-rakan untuk terus bermain dengan taktikal yang dirancang.

Nota editor: Artikel ini merupakan hasil kiriman pembaca kami yang bernama Rauf Lahab. Jika anda mahu tulisan anda dibaca oleh jutaan rakyat Malaysia, hantar artikel 300 patah perkataan anda dalam format MS Word ke [email protected] .

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN