Pep Guardiola: “UEFA & FIFA Pun Macam ESL Sama-Sama Tamak Juga”

Pep

Pengurus Manchester City, Pep Guardiola secara terbuka menghentam betapa teruknya tindakan UEFA dan FIFA dalam menguruskan bola sepak.

Kewujudan gerakam mengadakan European Super League (ESL) dilihat seperti pencabar kepada kredibiliti dua badan bola sepak itu. Dan pada Guardiola, kedua-dua pihak dilihat sama sahaja kerana tamak akan wang.

Gerakan ESL ini sedikit sebanyak ‘mengoyangkan’ UEFA dan FIFA, dan ini mendedahkan yang mereka juga begitu mementingkan wang berbanding perkara-perkara lain.

Hal ini kerana, Guardiola mengatakan mereka cuma mahukan wang dan tidak kisah jika pasukan dikerah untuk bermain jumlah perlawanan yang terlalu banyak.

“Berapa banyak kali kami perlu duduk dengan UEFA dan liga-liga lain serta FIFA untuk uruskan kalendar? Berapa lama kami sudah cakap mengenai hal ini?”

“Sudah berabad kami bercakap mengenai ini. Ada mereka dengar? Tak pun. Malah kini ianya lebih teruk, tetapi apa mereka kisah? Ini adalah perniagaan.”

Kata Guardiola lagi, isu yang berlaku kepada bola sepak bukanlah terjadi kepada enam pasukan sahaja tetapi kepada semua kelab yang bertanding.

“Perkara ini tidak terjadi kepada enam pasukan sahaja, tetapi semua. Begitu juga dalam Piala Dunia, mula-mula main 16 pasukan, lepas itu 22, 34, 36, 42 dan mungkin kita akan bermain Piala Dunia dengan 50 pasukan.”

“Perlawanan kejohanan UEFA juga lebih banyak, mereka cuma sediakan pengadil. Yang lain, pasukan kena sediakan.”

Guardiola mempersoal adakah badan-badan bola sepak ini adakah mereka sebenarnya mendengar keluhan pemain dan pengurus yang terpaksa mengharungi jumlah perlawanan yang cukup panjang dengan cuti yang singkat sahaja.

“Banyak kecederaan yang berlaku, tetapi apa masalah dengan kecederaan? Tak ada masalah pun.”

“Kalau pemain ini cedera, pemain lain kena masuk ganti. Perlawanan mesti diteruskan.”

Baca juga artikel kami mengenai Pep Guardiola:

Guardiola Puji Ole

Karier Angelino ‘Dibunuh’ Pep Guardiola Selepas 2 Perlawanan Sahaja

Pep Guardiola: Kami Tak Perlukan Pemain Baharu

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN