Pep Guardiola Terpegun Lihat Tindakan Anak Buahnya Ketika Dalam Pesawat

Pep Guardiola terpegun melihat tindakan anak-anak buahnya ketika sedang berada dalam pesawat selepas berakhirnya perjalanan mereka dalam saingan FIFA Club World Cup.

Manchester City kembali beraksi buat pertama kali dalam saingan Premier League selepas mereka sah bergelar juara dunia.

The Citizens cemerlang menjuarai saingan FIFA Club World Cup baru-baru ini selepas menewaskan gergasi Brazil, Fluminense di pentas perlawanan akhir di Arab Saudi.

Pep Guardiola mempunyai misi untuk sentiasa mengingatkan para pemainnya bahawa mereka kini adalah juara dunia.

Pep Guardiola terkejut dan terpegun ketika melihat mentaliti anak-anak buahnya ketika mereka sedang dalam perjalanan pulang dari Arab Saudi.

Sebaik kejayaan mereka membelasah Fluminense 4-0 dalam aksi perlawanan akhir saingan FIFA Club World Cup, para pemain sebenarnya sudah mula berfikir tentang cabaran yang menanti mereka di Goodison Park.

Juara bertahan saingan Premier League itu akhirnya berjaya mengutip tiga mata penuh dari aksi bertemu Everton itu, seterusnya menghidupkan semula harapan mereka untuk mencabar gelaran juara.

Skuad kendalian Pep Guardiola itu walau bagaimanapun sebenarnya telah ketinggalan 0-1 pada aksi babak pertama perlawanan, selepas Jack Harrison meledak gol pendahuluan untuk pasukan tuan rumah.

Phil Foden kemudiannya menyamakan kedudukan pada aksi babak kedua, sebelum Julian Alvarez menjaringkan gol pendahuluan untuk Man City mendahului 2-1.

Bernardo Silva kemudiannya meledak gol ketiga Man City, seterusnya mengesahkan kemenangan 3-1 The Citizens menewaskan Everton.

Sebelum bergelar Juara dunia, Manchester City sebenarnya hanya mampu memenangi satu sahaja dari enam perlawanan mereka dalam saingan Premier League.

Selepas tamat aksi kemenangan bertemu Everton itu, Pep Guardiola tampil menghamburkan pujian menggunung kepada anak-anak buahnya.

Beliau merasa sangat terkejut dan terpegun dengan apa yang beliau lihat ketika di dalam pesawat sebelum aksi bertemu Everton.

Bercakap dalam sesi sidang media selepas tamat aksi pertemuan bertemu Everton, Guardiola mendedahkan bahawa:

“Kami gembira andai ia menjadi 0-4 selepas 20 minit, tapi ini adalah Disneyland. Dalam bola sepak sebenar, ia berlaku macam Crystal Palace ketika kami gagal untuk menang.”

Jelas pengurus Manchester City itu.

“Pemain ini semua bergerak. Saya masih ingat ketika dalam pesawat waktu kami pulang dari Arab Saudi, saya di sana duduk di tempat saya dan saya dengar para pemain berbincang dan mereka bincang tentang Everton.”

“Tiga hari lalu kami mula berbincang tentang Everton dan saya kata, ‘wow, ini lah pasukan saya.”

“Mereka tahu bagaimana sukarnya dengan pasukan yang mereka tewaskan di sini, cara bagaimana mereka bermain sangat istimewa, kamu perlu kawal banyak perkara dan kita mahu berada di sana.”

“Selepas banyak tahun, kita masih ada perasaan yang kita mahu berusaha lagi.”

“Ketika kamu dah menang banyak, kecenderungannya akan berkurang dan kita ada banyak masalah musim ini yang mana kita bermain dengan baik dalam banyak perlawanan tapi kita gagal untuk menang.”

Manchester City kini hanya dua mata sahaja dibelakang Liverpool yang sedang mendahului carta saingan Premier League selepas kejayaan mereka menewaskan Sheffield United 2-0 malam semalam.

Sama seperti musim-musim sebelum ini, Manchester City sebenarnya tiada masalah untuk menjuarai saingan liga, walau mereka pada awalnya ketinggalan dengan perbezaan beberapa mata.

Oleh yang demikian, tidak akan mengejutkan sama sekali andai City dengan tiba-tiba akan mampu mengakhiri saingan musim ini sebagai juara.

Adakah Man City akan mampu mempertahankan gelaran liga musim ini? Atau Liverpool bakal jadi penghalang? Bincangkan di ruangan komen.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN