Pengurus Manchester City, Pep Guardiola menyifatkan saingan di Premier League belum cukup untuk menjadikan liga itu sebagai liga terhebat di dunia.
Ia semestinya merujuk kepada prestasi para pasukan Premier League ketika di kejohanan Eropah.
5 tahun kebelakangan ini menyaksikan penguasaan kelab La Liga di kejohanan Eropah cukup jelas dengan Chelsea merupakan pasukan Inggeris terakhir yang menjuarai kejuaraan Eropah pada 2012.
Walaupun merasakan Premier League bukanlah liga paling sukar, tetapi ia masih lagi sukar untuk dikuasai.
“Saya tahu, media di England mahu saya katakan Premier League adalah liga paling sukar di dunia dan paling ditonton di dunia.”
“Benar Premier League adalah liga yang sukar. Tetapi untuk bermain di gelanggang pasukan seperti Real Madrid, Athletic Bilbao dan Sevilla juga tidak mudah.”
Bagi Guardiola, untuk membuktikan yang Premier League merupakan liga yang handal mereka perlu bangkit dalam saingan Eropah.
“Premier League punya 5 pasukan di saingan Eropah. Jadi mereka punyai peluang besar untuk mara ke pusingan akhir.”
“Mereka sudah katakan yang mereka adalah liga terbaik di dunia, jadi sudah sampai masa untuk mereka buktikannya!”
Sumber:
- Goal (2017): GUARDIOLA: PREMIER LEAGUE NOT THE TOUGHEST; http://www.goal.com/en/news/premier-league-not-toughest-pep-guardiola-man-city/1m6fmcepzya2s1p2v1wzo61dfk