Impian Jadi Realiti, Ousmane Dembele Kini Sah Pemain Barcelona!

Sebelum ini, kami ada melaporkan yang pemain Perancis iaitu Ousmane Dembele akan melengkapkan perpindahan ke Barcelona pada hari Isnin.

Dan kini perpindahan itu telah pun berjaya dilengkapkan selepas bekas pemain Borussia Dortmund itu menjalani ujian perubatan bersama kelab La Liga tersebut.

Gambar: Barcelona

Dembele dilihat begitu ceria ketika tiba di Barcelona, dan ia tidak mampu disorok oleh pemain muda itu menerusi komen beliau apabila ditanya mengenai perpindahan itu.

Bagi beliau, ia merupakan satu impian yang menjadi kenyataan bagi pemain Perancis itu.

“Saya sangat gembira di sini. Ia ibarat mimpi jadi kenyataan apabila dapat bermain untuk Barcelona.”

Dembele bakal menyarung jersi nombor 11 yang sebelum ini disarung oleh pemain Brazil iaitu Neymar yang berpindah ke Paris Saint-Germain.

Misi Dembele bersama Barcelona adalah jelas, untuk memberikan segala kejuaraan yang disediakan untuk menjadi milik Barcelona.

“Barcelona merupakan kelab terhebat di dunia dengan mempunyai barisan pemain terhandal di dunia.”

“Sasaran saya adalah untuk melakukan yang terbaik untuk kelab dan juga pasukan serta mempunyai hubungan baik dengan rakan sepasukan.”

Sumber:

  1. Sky Sports (2017): Ousmane Dembele to complete £97m Barcelona move from Borussia Dortmund on Monday; http://www.skysports.com/football/news/11833/11009331/ousmane-dembele-to-complete-97m-barcelona-move-from-borussia-dortmund-on-monday

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN