Pep Guardiola: ‘Nafsu Kemenangan’ Pemain Saya Tak Sehebat Liverpool

Pep Guardiola

Pengurus Manchester City, Pep Guardiola mengakui barisan pemainnya tidak mempunyai ‘nafsu’ sehebat Liverpool dalam usaha untuk menjulang trofi Liga Perdana Inggeris buat kali ketiga berturut-turut.

Manchester City terlepas peluang tersebut apabila Liverpool sudah pun mengesahkan status selaku juara EPL 2019/20 selepas The Cityzens tumbang 1-2 di tangan Chelsea pada aksi yang berlangsung di Stamford Bridge, awal pagi tadi.

Kejayaan tersebut juga sekaligus menamatkan penantian selama 30 tahun Liverpool untuk mengecap nikmat selaku juara liga domestik paling utama di England dan yang pertama kali sejak EPL mula diperkenalkan pada 1992.

Sehubungan dengan itu, Guardiola melihat Liverpool memiliki kelebihan di mana para pemain mereka menunjukkan keinginan luar biasa untuk menang pada setiap perlawanan.

”Kami memenangi lapan gelaran berturut-turut di mana ia belum pernah belum sebelum ini di negara ini,” ujar Guardiola menurut laporan Goal.

”Ia boleh terjadi kami terlepas satu daripadanya. Kami kehilangan Vincent Kompany yang berhijrah ke Anderlecht dan Aymeric Laporte pula mengalami kecederaan.”

”Selepas kami memenangi dua kejuaraa [EPL] mungkin kami tidak mempunyai ‘nafsu’ yang sama seperti ditunjukkan Liverpool.”

”Selepas dua musim, jurangnya begitu besar. Kami tidak konsisten seperti musim sebelumnya. Liverpool memenangi Liga Juara-Juara Eropah dan ia jelas memberikan mereka keyakinan.”

”Mereka bermain pada setiap perlawanan seperti itu adalah merupakan aksi terakhir mereka. Pada peringkat awal, kami tidak bermain seperti yang dilakukan oleh mereka.”

”Tahniah diucapkan buat Liverpool atas musim yang hebat. Kami masih mempunyai lima atau enam minggu untuk beraksi tetapi kami telah memenangi banyak piala pada beberapa tahun kebelakangan ini dan sudah tentu kami mahu untuk merapatkan jurang tersebut.”

”Kami tidak boleh lupa kerana kami masih pasukan di tangga kedua liga, jadi kami lebih baik dari kebanyakan pasukan yang lain,” tambah Pep Guardiola lagi.

Kredit featured image: Chris Brunskill/Fantasista/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Manchester City:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN