Guardiola Akui Pasukannya Lebih Mantap Selepas Muncul Juara Liga Musim Lalu

Pengurus Manchester City, Pep Guardiola mengakui pasukannya kini lebih mantap selepas mereka menjulang kejuaraan Premier League musim lalu.

Menurut laman Goal, Guardiola berasakan prestasi pasukannya kini lebih mantap di atas padang terutamanya melibatkan perkara-perkara yang kecil.

Hal ini disebabkan skuad yang sedia ada sudah bersama untuk masa yang lama jadi keserasian itu semakin bertambah antara mereka semua.

“Dalam perkara yang kecil dan lebih mendalam, Manchester City sudah menjadi semakin baik berbanding musim lalu.”

“Ianya merupakan satu perkara biasa kerana kami sudah bersama untuk satu tempoh yang lama.”

“Proses kami, cara kami melakukan serangan, corak tekanan tinggi yang kami lakukan sudah boleh buatkan pasukan ini bergerak dalam pergerakan yang berbeza.”

“Kamu sudah mempunyai lebih banyak alternatif ketika menyerang dan apabila bertahan, kami lebih ampuh.”

Musim lalu, menyaksikan Pep Guardiola memberikan 2 kejuaraan buat Manchester City iaitu memenangi Carabao Cup dan juga Premier League.

Lebih menarik, Premier League itu dimenangi dengan rekod 100 mata yang pertama kali dilakukan dalam sejarah bola sepak Inggeris.

Menurut Guardiola, beliau jelas kagum dengan pasukannya pada musim lalu yang tampil konsisten.

Walaupun mengakui adakalanya mereka tercicir mata, tetapi Guardiola menganggap ianya biasa buat pasukan bola sepak.

Manchester City kini ditangga kedua Premier League, 4 mata dibelakang pendahulu iaitu Liverpool.

Kedua-dua pasukan itu bakal bertemu di Etihad pada 3 Januari 2019.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN