Ancelotti Akui Napoli Perlukan Masa Untuk Setanding Juventus Di Serie A

Ancelotti

Perubahan demi perubahan dalam skuad Napoli sejak kembali menyertai saingan Serie A pada tahun 2007/08, telah berjaya mengangkat nama kelab yang berpangkalan di Naples itu untuk dikenali seluruh peminat bola sepak di dunia khususnya di Itali dan juga Eropah.

Sejak dari itu, skuad dengan nama jolokan ‘Gli Azzurri ‘ ini telah berjaya meraih tiga kejuaraan iaitu,  dua gelaran Coppa Italia (2011/12, 2013/14) dan satu kali merangkul Supercoppa Italia pada musim 2014.

Bagaimanapun, Napoli masih gagal untuk bersaing bagi perebutan gelaran Serie A yang kali terakhir berjaya dilakukan mereka hampir 19 tahun lalu (1998/99).

Seperti tahun-tahun sebelum ini, Napoli tetap memasang impian untuk merangkul kejuaraan nombor satu Itali itu dan untuk musim ini, selepas menjalani 17 perlawanan, kelab itu kini menduduki tangga ke-2 dengan mengumpul 41 mata – dibezakan 8 mata dibelakang pendahulu liga, Juventus.

Perlukan masa

Ramai beranggapan Napoli mampu untuk mengejar kedudukan Juventus bagi merebut gelaran liga dan menjuarai kejohanan untuk musim ini.

Namun, anggapan itu sama sekali tidak bagi pengurus pasukan, Carlo Ancelotti.

Bagi Ancelotti, beliau enggan untuk ‘mendabik dada’ dengan mengangap skuadnya itu masih memerlukan masa dalam proses untuk mencapai misi yang diimpikan dan mesti dilakukan secara beransur-ansur.

NAPLES, ITALY – OCTOBER 22: Carlo Ancelotti during an SSC Napoli training session on October 22, 2018 in Naples, Italy. (Photo by Ciro Sarpa SSC NAPOLI/SSC NAPOLI via Getty Images)

Bercakap menerusi Goal, Ancelotti memberi contoh perubahan yang telah dilakukan bintang Barcelona, Lionel Messi dalam mencapai kejayaan pada hari ini. Beliau berkata;

“Jika anda mahu menjadi seperti (Lionel) Messi, maka permulaannya perlu dipengaruhi oleh genetik. Tetapi anda boleh berlatih setiap hari untuk menjadi lebih baik,” kata Ancelotti.

“Begitu juga dengan skuad, jika saya mengatakan bahawa kita harus komited untuk mengalahkan Juve, objektifnya terlalu jauh.”

Bantu Napoli untuk menang

Namun, Ancelotti tetap akan berusaha sebaik mungkin untuk membantu pasukannya itu memperolehi keputusan yang positif perlawanan.

“Saya fikir setiap dari kita perlu memotivasikan diri agar tidak mengukur tahap dan membezakan kemampuan dengan orang lain, tetapi yang perlu untuk kita adalah mengukur kemampuan kita sendiri”

“Saya di sini (Napoli) untuk menang. Objektifnya adalah untuk mempunyai satu pasukan yang berjuang sehingga akhir musim.”

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN