Pep Guardiola mengimbau nostalgia bersama bekas kelab bimbingannya apabila memilih Bayern Munich untuk layak ke saingan suku akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL) 2018/19.
Lebih menarik seperti semua sedia maklum, lawan yang bakal ditemui Bayern Munich awal pagi esok adalah seteru utama Manchester City dalam kempen Liga Perdana Inggeris iaitu Liverpool.
Guardiola membimbing Bayern Munich selama tiga musim Bundesliga bermula 2013/14 hingga 2015/16 dan berjaya menjuarai saingan liga pada ketiga-tiga musim tersebut.
”Saya minta maaf kepada orang Inggeris, saya mahu Bayern mara.”
”Saya adalah sebahagian daripada kelab ini, saya telah menikmati tiga tahun yang menakjubkan. Saya menyukai Munich dan mempunyai ramai rakan di sana.”
”Ia merupakan satu pertembungan mencabar buat kedua-dua pasukan tetapi saya menggemari Bayern Munich dan diharapkan mereka layak ke peringkat seterusnya.”
”Dari apa yang berlaku terhadap pasukan Sepanyol dan Jerman apabila mereka sering ke perlawanan akhir sebelum ini, tetapi musim ini adalah mengejutkan.”
”Diharapkan Barcelona berjaya melayakkan diri (bertemu Lyon) dan dapat beraksi di peringkat suku akhir.”
”Untuk bola sepak England, adalah baik mempunyai tiga pasukan di peringkat suku akhir dan mungkin juga Liverpool turut serta.”
Pencapaian terbaik Pep Guardiola bersama Manchester City dalam saingan UCL adalah pada musim lalu setelah The Cityzens melayakkan diri ke peringkat suku akhir.
Namun, perjalanan mereka terhenti disitu selepas kecundang dengan aggregit 1-5 ditangan Liverpool.
Manchester City dan Liverpool kini sedang bersaing hebat dalam saingan Liga Perdana Inggeris yang menyaksikan skuad bimbingan Jurgen Klopp hanya ketinggalan satu mata di belakang juara bertahan itu.