Emerson Palmieri Berharap Eden Hazard Dapat Terus Kekal Bersama Chelsea

Chelsea

Eden Hazard terus dikaitkan dengan perpindahan lumayan ke Real Madrid seperti kebiasaan tetapi kem Chelsea masih mengharapkan agar pemain skuad kebangsaan Belgium itu dapat terus kekal di Stamford Bridge.

Hazard sebelum ini jelas tidak berselindung dan menjelaskan menjadi impiannya untuk beraksi bersama Real Madrid.

Bek kiri, Emerson Palmieri secara peribadinya turut mengakui bahawa beliau tidak mahu kehilangan ayam tambatan Chelsea itu.

”Dia (Eden Hazard) menunjukkan pada setiap hari betapa pentingnya dia buat pasukan.”

LONDON, ENGLAND – DECEMBER 19: Eden Hazard of Chelsea celebrates with teammate Emerson after scoring his team’s first goal during the Carabao Cup Quarter Final match between Chelsea and AFC Bournemouth at Stamford Bridge on December 19, 2018 in London, United Kingdom. (Photo by Christopher Lee/Getty Images)

”Sudah tentu kami mempunyai ramai pemain yang berkualiti dalam pasukan tetapi dia berada di tahap yang berbeza dan dia merupakan antara pemain yang terbaik di dunia.”

”Secara peribadi saya tidak mahu untuk melihat dia meninggalkan pasukan tetapi anda tidak akan pernah tahu dalam bola sepak.”

”Sama seperti penyokong Chelsea, kami takut sekiranya dia meninggalkan kami, saya masih percaya dia akan terus kekal dan kami sangat mahukan dia untuk kekal bersama pasukan,” ujar Emerson lagi.

Walaupun musim ini bukanlah kempen yang begitu baik buat Chelsea, Eden Hazard membuktikan beliau adalah sandaran utama buat The Blues apabila berjaya menjaringkan 13 gol serta mencipta 11 bantuan jaringan dalam saingan Liga Perdana Inggeris selepas mengharungi 29 perlawanan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN