Pep Guardiola Mahu 115 Kes Kewangan Man City Diselesaikan Segera

Pep Guardiola

Pengendali Manchester City, Pep Guardiola mahukan isu yang menyelebungi kelabnya berkaitan kes kewangan diselesaikan dengan segera.

Sebelum ini, bola sepak dunia gempar apabila Premier League memilih untuk mendakwa City dengan 115 kesalahan berkaitan kewangan yang berlaku daripada tahun 2009 hingga 2018.

City didakwa telah melanggar peraturan kewangan liga dan kelab itu telah pun menafikan perbuatan terkutuk itu.

Akan tetapi, Guardiola tetap mahukan isu ini diselesaikan secepatnya oleh Premier League supaya semua pihak dapat membawa diri dan melupakan perkara itu.

“Sukalah hati saya kalau Premier League dan para hakim dapat berbuat sesuatu secepat yang boleh.

“Jika kami ada melakukan kesalahan, semua orang akan tahu dan jika kami sebagai kelab percaya yang selama ini kami melakukan perkara yang betul, maka orang akan mula berhenti bercakap mengenainya.

“Kami suka kalau dapat tahu esok, kalau tengah hari ni pun lagi elok daripada esok,” kata Guardiola menerusi BBC Sport.

Walaupun kelabnya kini terpalit dengan isu yang memalukan reputasi sebagai juara England, tetapi Guardiola tetap akan bersama-sama City hingga kontraknya tamat pada 2025.

“Saya akan terus kekal pada musim hadapan sedangkan kami ada 110 tuduhan terhadap kami. Jangan risau kami akan ada di sana.

“Saya ingin terus sambung di sini pada musim hadapan. Saya tak tahu apa yang nak dirasa apabila menang atau kalah [perlawanan akhir UEFA Champions League], tetapi saya masih ada kontrak dan mahu menghormati kelab ini,” kata Guardiola.

Guardiola membantu City menjuarai gelaran Premier League kelima dalam tempoh enam musim selepas memintas Arsenal.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN