Pep Guardiola Lebih Rela Letak Jawatan ‘Dan Balik Kampung’ Daripada Mengubah Taktikal

Selepas kekalahan teruk di Camp Nou, Pep Guardiola diserang dengan soalan wartawan yang merasakan beliau mungkin harus mengubah corak taktikal beliau.

Manchester City musim ini banyak bermain dengan sistem yang sangat terbuka seperti formasi 2-3-5 atau 3-2-5 ketika menyerang. Ia membuka ruang kepada pasukan lawan untuk menyerang balas dan mendesak Claudio Bravo untuk menjadi sweeper.

Guardiola dilabel mengambil risiko apabila meletakkan penjaring utama mereka Sergio Aguero di bangku simpanan. Corak permainan dengan goalkeeper-sweeper mereka pula menyebabkan Claudio Bravo dibuang padang.

Pep Akan Kekal Dengan Falsafah Beliau

Ketika ditanya sama ada beliau perlu menukar pendekatan mereka ketika bermain, Pep Guardiola menegaskan dia lebih rela letak jawatan dan balik ke Sepanyol daripada mengubah gaya permainan mereka sekarang.

Guardiola turut mengakui dia bertanggungjawab sepenuhnya di atas semua yang berlaku dan bukannya pemain beliau.

pepe

“Saya bertanggungjawab atas apa yang berlaku pada hari ini. Tetapi saya tidak akan mengubah pendekatan saya. Saya lebih rela ‘balik kampung’ (Sepanyol) daripada melakukan perkara itu.”

“Saya sudah memenangi 21 piala dalam 7 musim. 3 musim daripadanya adalah menang dengan cara itu.”

“Lupakannya (move on),” tegas Guardiola kepada wartawan.

Pep Pertahankan Bravo

Pep Guardiola turut mempertahankan penjaga gol beliau Claudio Bravo:

“Saya dah tahu, setiap kali Claudio membuat kesilapan, dia akan berada di muka depan akhbar.”

“Setiap pemain termasuk pertahanan, pemain tengah membuat kesilapan. Penyerang yang hebat pun boleh gagal dalam penalti.”

“Saya yakin Bravo akan berusaha untuk memperbaiki kesilapan tersebut.”

Guardiola berkata, beliau sedang bekerja untuk memastikan semua pasukan di pelbagai peringkat umur di Manchester City bermain bola sepak yang beliau mahukan.

Beliau juga berkata, mentor beliau Ronald Koeman sendiri mengakui kehebatan taktikal pasukan Manchester City.

“Salah seorang rakan saya di Everton, Ronald Koeman berkata beliau tidak pernah berhadapan dengan pasukan bermain bola sepak seperti Manchester City.”

“Itu adalah pujian terbaik yang saya terima. ”

Baca juga : Laporan Prestasi Semasa MSN vs. BBC, Siapa Lebih Hebat Setakat Ini?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN