Laporan Prestasi Semasa MSN vs. BBC, Siapa Lebih Hebat Setakat Ini?

Real Madrid vs. Barcelona boleh dikatakan permusuhan terbesar dalam bola sepak dunia. Kini mereka memiliki trio yang hebat untuk menjadikan perseteruan mereka dalam kualiti tertinggi.

Real Madrid ada BBC yang merujuk kepada Bale-Benzema-Cristiano Ronaldo. Manakala Barcelona ada MSN atau Messi-Suarez-Neymar.

Mari kita lihat laporan pencapaian mereka setakat ini dalam La Liga dan juga UCL

1. Gol

MSN telah menjaringkan lebih banyak dengan 25 gol dalam 28 penampilan dalam La Liga dan UCL. Terbaru adalah aksi hattrick Lionel Messi ke atas Manchester City.

msn

Walaupun Bale, Benzema dan Cristiano Ronaldo, tidak kerap beraksi bersama kerana masalah kecederaan dan kecergasan. BBC masih mampu menjaringkan 11 gol daripada 27 perlawanan setakat ini.

Dalam La Liga, MSN telah menjaringkan 15 gol dengan Suarez 6 gol dalam 8 penampilan. Messi dengan 5 gol dan Neymar mempunyai 4 gol.

Dalam UCL, MSN telah menjaringkan 10 gol, dengan Messi menjaringkan 6 gol,  Neymar dan Suarez masing-masing 2 gol.

BBC pula hanya berjaya menjaringkan 8 gol dalam 17 perlawanan La Liga setakat ini. Bale dan Benzema masing-masing 3 gol, manakala Ronaldo pula telah menjaringkan hanya dua gol dalam liga.

Daripada 9 perlawanan Liga Juara-Juara, BBC telah menjaringkan 3 gol dengan penyerang Ronaldo menjaringkan 2 gol dan Bale menjaringkan 1 lagi gol.

Sebelum ini hanya Benzema banyak bermain pada awal musim dan gagal menjaringkan gol yang lebih banyak. Ronaldo dan Bale banyak terlepas aksi awal kerana cuti panjang selepas Piala Eropah 2016.

2. Bantuan Gol (Assist)

MSN masih mendahului BBC setakat ini dari segi assist. MSN telah mencipta 17 assist setakat ini dalam La Liga dan UCL.

8 assist oleh MSN dalam La Liga dipecahkan kepada 3 oleh Suarez dan Neymar. Manakala 2 lagi assist adalah melalui Messi.

Dalam UCL, MSN telah melakukan 9 assist, 5 oleh Neymar. Suarez dan Messi masing-masing mencipta 2 assist dalam UCL.

BBC agak jauh ketinggalan apabila hanya mencatat 5 assist dalam La Liga dan UCL setakat ini. Ronaldo mencatatkan 4 daripadanya dengan masing-masing 2 assist di La Liga dan UCL.

1 lagi assist adalah dari Bale dalam UCL. Manakala Benzema masih gagal melakukan sebarang asssist setakat ini. Ia pastinya satu aspek yang harus diperbaiki oleh BBC.

3. Cubaan Gol Per Perlawanan

BBC telah melakukan lebih banyak cubaan gol daripada MSN walaupun mereka memiliki jumlah gol yang lebih rendah.

bbc

Statistik BBC

Ronaldo – 6.0 cubaan gol per perlawanan
Bale – 3.4 cubaan gol per perlawanan
Benzema – 3.2 cubaan gol per perlawanan

Statistik MSN

Messi – 5.3 cubaan gol per perlawanan
Suarez – 2.7 cubaan gol per perlawanan
Neymar – 3.2 cubaan gol per perlawanan

4. Hantaran Bahaya (keypasses) Per Perlawanan

Dengan jumlah assist yang lebih tinggi maka tidak hairanlah MSN adalah lebih baik dari segi hantaran bahaya dalam setiap perlawanan.

Neymar mencatatkan sekitar dengan 2.8, Messi dengan 2.0, dan Suarez pula dengan1.8 hantaran bahaya per perlawanan.

Sebaliknya, untuk BBC, Benzema hanya membuat 1 sahaja hantaran bahaya dalam setiap perlawanan. Ronaldo dengan 1.4 dan Bale dengan 1.2. Ia bukan statistik yang bagus untuk pasukan yang menggunakan serangan trio.

Rumusan

Setakat ini MSN mengungguli BBC dari segi statistik utama dalam aspek serangan. BBC banyak berhadapan dengan masalah kecergasan musim ini.

Namun mereka tetap perlu melakukan lebih baik dengan jumlah cubaan gol yang lebih banyak. Daripada 6 pemain disenaraikan, Karim Benzema mungkin yang paling sukar buat masa ini.

Persaingan MSN dan BBC ini sukar dijangka. Adakah BBC akan berjaya bangkit selepas ini?

Baca juga : Laporan Prestasi AC Milan Setakat Ini, Montella Jelas Tidak Menghampakan

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN