Pep Guardiola: Kekalahan Tak Bermakna Kami Perlukan Pemain Baharu

Pep Guardiola

Pengurus Manchester City, Pep Guardiola tidak melihat kekalahan 0-1 dialami anak buahnya ketika bertemu Southampton pada awal pagi tadi sebagai sesuatu yang panik sehingga memerlukan The Cityzens mencari pemain baharu.

Jaringan tunggal dari Che Adams pada minit ke-16 menyaksikan City mengalami kekalahan kesembilan pada musim ini. Bukanlah perkembangan yang ‘sihat’ buat wakil dari Manchester itu.

Meskipun ramai yang beranggapan Guardiola perlu untuk menambah kekuatan pasukannya terutamanya di jentera pertahanan, tetapi pengendali dari Santpedor, Sepanyol itu masih yakin dengan skuad dimilikinya.

”Tidak, saya tidak memerlukannya [pemain baharu bagi hadapi musim 2020/21],” ujar Guardiola menurut laporan Goal.

”Sejujurnya, saya merasakan kami telah bermain dengan baik. Kami bermain dengan karakter dan keinginan untuk berusaha sehingga ke akhirnya.”

”Kami bermain menentang Southampton yang mana mereka mempunyai 10 pemain dalam kawasan penalti. Kami melakukannya dengan cukup baik.”

”Kami akan mengkaji semula perlawanan ini dan dengan peluang yang kami miliki, kami boleh melakukannya dengan lebih baik lagi.”

”Saya sangat berbangga, jadi saya suka dengan cara kami bermain tetapi itu masih tidak cukup. Tiada rungutan mengenai pemain saya. Kami bermain dengan baik, saya menyukainya tetapi ia masih belum cukup untuk kami memenangi perlawanan ini,” tambah Pep Guardiola lagi.

Menurut sumber Goal lagi, pemain pertahanan berpengalaman, Kalidou Koulibaly dan David Alaba kini dikaitkan dengan perpindahan ke Stadium Etihad pada jendela musim panas nanti.

Walaupun mengalami kekalahan pada awal pagi tadi, kedudukan tempat kedua Manchester City masih tidak terancam susulan kelebihan lapan mata dimiliki bagi meninggalkan Leicester City.

Kredit featured image: Shaun Botterill/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Manchester City:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN