Pep Guardiola: Kami Tidak Lakukan Sebarang Kesalahan

Pep Guardiola

Pengurus Manchester City, Pep Guardiola mengakui beliau gembira dengan keputusan Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) dan beranggapan The Cityzens sememangnya berada di pihak yang benar.

Kelmarin, CAS memutuskan hukuman larangan beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) bagi dua musim yang sebelum dikenakan kepada Manchester City telah ditarik balik susulan pendengaran rayuan kes dilakukan pada bulan lalu.

Dalam perkembangan yang sama, juara empat kali Liga Perdana Inggeris tersebut turut menerima ‘diskaun’ pembayaran denda dari €30 juta kepada €10 sahaja.

Sehubungan dengan itu, Guardiola yang yakin Manchester City tidak pernah membuat salah laku tersebut melihat keputusan tepat telah dibuat oleh pihak pengadilan berhubung perkara ini.

”Saya sangat gembira dengan keputusan ini di mana ia menunjukkan apa yang telah dikatakan oleh ramai orang tentang kelab ini adalah tidak betul dan untuk mempertahankan apa yang telah kami menang di atas padang.”

”Kami telah mengorak langkah dalam 10 tahun ini. Kami telah melaburkan banyak wang, sama seperti kebanyakkan kelab,” ujar Guardiola menurut laporan Goal.

”Kami melakukannya dengan cara yang betul. Kami tidak dihukum kerana kami mematuhi peraturan yang ditetapkan Financial Fair Play (FFP). Jika tidak, kami pastinya akan dihukum.”

”Banyak kelab telah melabur. Manchester United dan Arsenal pada masa sebelumnya mereka memenangi liga, mereka melabur lebih banyak daripada orang lain. Chelsea juga begitu apabila mereka memenangi liga, mereka melabur lebih banyak wang berbanding pasukan lain.”

”Kami telah membina sebuah kelab pada dekad yang lalu untuk bersaing menjadi antara pasukan elit dalam saingan Liga Perdana Inggeris dan Liga Juara-Juara Eropah.”

”Untuk itu, saya memerlukan kelab yang memiliki sumber kewangan yang kukuh, seperti kebanyakkan pasukan yang melakukannya. Sudah tentu, kami membuat kesilapan. Tetapi kami boleh membelanjakan wang seberapa banyak yang diinginkan oleh pengerusi atau pemilik, selalu mengikuti peraturan FFP,” tambah Pep Guardiola lagi.

Kredit featured image: Shaun Botterill/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Manchester City:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN