Analisis Taktikal: Manchester United Bermain ‘High Press’, Cardiff City Bercelaru

Jangan risau, anda membaca tajuk yang betul, memang Manchester United – Manchester yang merah – bermain high pressing football di dalam perlawanan ini.

Ole Gunnar Solskjaer lulus cemerlang di dalam debut pertama beliau bersama Man. United. Ini selepas pasukan bimbingan beliau membelasah Cardif City 5-1 di tempat lawan.

Struktur asas

Secara asas 4-3-3 di dalam perlawanan ini dan mereka akan cuba bertahan dengan sistem 4-1-4-1 ataupun 4-2-3-1. Cardiff City pula bermain dengan sistem 4-1-4-1 dan cuba bertahan dengan 4-5-1.

Machester United dominan dan high press

Perkara yang akan membuatkan penyokong Manchester United seperti menikmati kelahiran semula adalah pendekatan ofensif dan banyak bermain di kawasan lawan.

Sebelum ini bekas pemain Man. United, Quinton Fortune dalam analisis beliau menyatakan kekecewaannya melihat DNA itu hilang di dalam Man United. Beliau berkata: “Dahulu kami gembira untuk berada di kawasan lawan dan melepasi garisan tengah itu.”

Dalam perlawanan ini, Man. United mendominasi 74% perlawanan. Mereka mengenakan tekanan yang sangat tinggi ke atas lawan mereka sama ada di zon sendiri ataupun di garisan tinggi.

Penguasaan bola, bermain di kawasan lawan dan high pressing adalah 3 elemen penting dalam attacking football. Mereka melakukannya dengan sangat baik, mencipta banyak peluang dan tajam di dalam binaan serangan.

Stabil di tengah

Dalam mana-mana sistem permainan, aspek cengkaman dan stabiliti di tengah adalah sangat penting. Paul Pogba berjaya menunjukkan kualiti beliau di dalam perlawanan ini. Matic diarahkan untuk lebih dinamik untuk turun membentuk rantaian pertahanan bertiga – ini untuk melepaskan 2 bek sisi mereka naik lebih ke atas.

https://twitter.com/AMKFootball/status/1076543225983393792

Sebelum ini, 2 bek sisi Man. United memang ofensif namun bezanya dalam perlawanan ini, mereka ada ‘cover’ yang sangat baik di bahagian belakang.

Lingard selepas perlawanan berkata: “Saya tak begitu pasti [nak jelaskan], tetapi kami hari ini menyegerakan gerakan bola ke atas, positif dengan penguasaan bola, melakukan larian tanpa bola, pemain tengah dan bek sisi bermain di zon lebih tinggi.”

“Dengan cara ini kita mendesak mereka [Cardiff] mengundur dan mencipta banyak peluang dengan cara tersebut.”

Seterusnya, stabiliti di tengah serta penguasaan bola di kawasan lawan ini membolehkan Lindelof melakukan ancaman tambahan dari belakang. Lindelof kerap mara sehingga ke final third, beliau turut mencipta 1 peluang gol dalam perlawanan ini.

Seterusnya 2 pemain sayap mereka tidak terlalu turun ke bawah, 2 pemain ini hanya turun untuk mengutip bola daripada rakan mereka di zon pertahanan.

Dalam sistem sebelum ini, 2 pemain sayap ini biasanya diarahkan bermain defensif dan cuba menggerakkan serangan balas dari bawah. Dengan sistem yang lebih fokus kepada penguasaan bola di kawasan lawan, Martial dan Lingard boleh bertukar-tukar hantaran dengan segera.

Ini adalah contoh ketika mereka memecahkan blok padat Cardiff City dengan pertukaran hantaran dan permainan kombinasi antara Martial-Pogba-Lingard.

Posisi mereka yang lebih ofensif ini membolehkan mereka menarik keluar bek sisi lawan untuk mencipta ruang di belakang. Jika berdasarkan sistem yang rigid – ke bawah sebelum ini, bek sisi lawan tidak akan ditarik keluar dengan segera. Jika berhadapan dengan pasukan kuat pula, mereka kerana diserang teruk oleh bek sisi ini.

Pemain diberikan lebih kebebasan

Sebelum sepak mula, Solskjaer berjanji akan memberikan pemain lebih kebebasan untuk mengeksperesikan diri mereka di dalam padang. Pemain tidak takut untuk menyerang kerana takut hilang bola seperti sebelum ini.

Ketika hilang bola mereka merampas semula bola dengan segera.

Ini yang membuatkan distance coverage dan juga sentuhan bola mereka sangat tinggi.

Jelas pemain United gemar untuk menyerang dan tiada halangan untuk mereka naik termasuk Lindelof. Yang paling penting rakan yang lain melakukan ‘cover’.

Sistem mereka ini membuatkan para pemain saling memperbaiki fungsi sesama mereka. Fluiditi 3 penyerang di atas membuatkan Pogba dan Herrera kelihatan lebih senang untuk bermain.

Lihat laporan passmap Man. United di mana ada 3 pemain yang menjadi fokal dalam sistem mereka.

Sementara sistem high pressing mereka membuatkan bola tidak terlalu cepat sampai ke zon pertahanan dan perlindungan ke atas zon pertahanan lebih stabil. Cuma sayangnya Rashford melakukan defensive error dalam perlawanan ini memberikan penalti kepada lawan. Bak kata Roy Keane – “Jika kamu mendapat keputusan yang baik, kesilapan kamu akan sentiasa dimaafkan.”

Masalah Cardiff City

Saya boleh katakan Neil Warnock menyediakan pelan taktikal yang teruk. Beliau tidak cukup kajian tentang sistem permainan Ole Gunnar di Molde. Mungkin beliau merujuk kepada sistem permainan lama Cardiff City di bawah kendalian Solskjaer.

Cardiff terlalu rapuh, melakukan banyak foul di kawasan bahaya. Mereka hanya melakukan 66% hantaran tepat. Ia angka yang sangat rendah untuk kualiti EPL, dan anda pasti perasan betapa teruknya kualiti hantaran mereka.

Cardiff City juga memberikan ruang yang selesa kepada Man. United, membuatkan ruang tersebut diancam teruk. Mereka tidak jelas dengan sistem permainan ketika bertahan – sama ada berundur lebih ke belakang ataupun kekal pada garisan lebih tinggi.

Ketika menyerang mereka gagal melaksanakan serangan balas yang lebih baik. United membentuk formasi 3-2-2-3 pada fasa dominasi, namun Cardiff tak mampu menyerang balas unit pertahanan United yang kecil. Ancaman mereka terlalu mudah dimatikan.

Ini adalah bukti para pemain mereka kerapkali kabur (blur) tentang apa harus dilakukan. Dalam situasi seperti ini, biasanya ada pemain yang akan cuba memastikan Matic tidak mudah membuka ruang itu.

Ini kerana pengambil sepakan akan cuba menembak ‘Matic’ kerana pemain itu akan memecahkan benteng. Neil Warnock sendiri kecewa dengan benteng pasukan beliau yang terlupa perkara asas.

Teori dia sama dengan teori ketika pemain cuba melencongkan bola melepasi pemain lawan di hadapan beliau. Berikut penjelasan secara lakaran.

Rumusan

Ini adalah permulaan yang sangat baik di Man. United. Pemain mendapat motivasi dan keyakinan diri untuk bermain. Secara asasnya, Solskjaer hanya perlu mengarahkan pemain mengeluarkan keupayaan teknikal mereka.

Secara taktikal, pemain United ternyata mampu bermain sistem high press. Berbeza dengan apa yang dikatakan Mourinho sebelum ini di mana beliau berkata pemain beliau tak cukup intensif dan fizikal.

Manchester United pastinya akan cuba memperbaiki lagi aspek pressing dan permainan secara berpasukan supaya menjadi lebih tajam walaupun ini permulaan yang baik. Ini kerana Cardiff City ternyata pasukan bermasalah. Dan Manchester United melakukan tugas sebagai ‘Manchester United sebenar’ dalam perlawanan ini untuk lawan seperti ini.

Paul Pogba pula lebih komited sebagai pemain pasukan berbanding dengan terlalu banyak berpusing dan skil tambahan. Beliau cepat melepaskan bola kepada rakannya.

2 bek sisi mereka berjaya membekalkan sokongan yang baik dan Matic berjaya berkawal di tengah dengan bantuan Herrera.

Akhirnya, inilah sepatutnya cara Man. United menang. Dengan cara dominan, gemar berada di kawasan lawan. Berbeza dengan Man. United yang kerap digelar masterclass hanya dengan sistem defensif dan terlalu takut untuk kehilangan gol pendahuluan. Yang dirai hanyalah 3 mata dan tidak banyak untuk diceritakan dari sudut taktikal.

Man. United dalam perlawanan ini selepas mendahului terus memburu gol ke-2 dan ke-3.

Pemain terbaik pilihan semuanyaBOLA

Paul Pogba (Man. United)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN